OLEH: SORAYA EGG
Tuesday October
18/2016
1.SECARA rasmi parti Warisan telah dimuktamadkan hari ini dan
membolehkan ikut bertanding dalam PRU14 akan datang,dianggotai dan dipimpin
oleh multiracial, bumiputra Islam(BI)KDMR dan Cina Sabah.
2.Adalah
dijangka parti Warisan ini akan menjadi tumpuan terutama bumiputra Islam kerana
selama ini tidak ada pilihan selain UMNO Musa Aman.
3.Petanda
awal bahawa parti warisan Sabah telah mendapat sambutan dari pemimpin muda KDM
dan Cina Sabah dijangka penghijrahan beramai ramai akan berlaku dalam masa
terdekat ini.
4.Dorongan
ini atas faktor majoriti rakyat Sabah mahukan parti tempatan dan diperkuatkan
lagi oleh isu korupsi yang sedang melanda negeri ini sehingga tertangkapnya
penasihat kewangan negeri yang rapat dengan Musa Aman.
5.Selain
dari itu,parti parti dan pemimpin tempatan YTL,DDJK,Bumburing dan DSLU
cenderung berkerjasama yang ditujukan semasa pelancaran PCS telah memberi
kerjasama namunpun Shafie dan Jeffrey tidak hadir dalam majlis itu tetapi telah
menghantar wakil peribadi secara rasmi.
6.Difahamkan
juga, parti dari luar tidak akan memasuki Sabah untuk menghormati sentimen
Sabahan, namunpun begitu kerjasama peringkat nasional akan terjalin untuk sama
sama membentuk kerajaan persekutuan jika ditakdirkan gabungan pembangkang akan
menguasai kursi parlimen.
7.Dengan
ini,rakyat Sabah akan dapat mengembalikan maruah politik Sabah yang dicengkam
UMNO sejak 1994 yang mana Sabah telah kehilangan kebebasan mentadbir negeri
sehingga pemimpin Sabah ditentukan oleh UMNO pusat.
8.Kemenangan
kerjasama pembangkang akan membawa sinar baru bagi Sabah antaranya kajian
semula MA63 dan merungkai perlembagaan dan peraturan yang merugikan negeri ini
antaranya akta pertrolium 1974 dan autonomi penuh negeri untuk melonjakan Sabah
berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negeri yang lain di negara
ini.
9.Selain
itu negara akan memperkukuhkan sumber yang sedia ada dan mencari sumber
alternatif serta memperketatkan akta rasuah sehingga meminimunkan ketirisan
wang rakyat. Dalam jangka panjang mengembalikan kehidupan rakyat seperti yang
pernah dinikmati semasa era pentadbiran Dr.Mahathir Muhammad.
10.GST dihapuskan dan semua bentuk subsidi yang
dihapuskan oleh kerajaan sekarang akan dipulihkan dan konsep kerajaan baru bukan
memberi ikan tapi akan memberi kail dan teknik menangkap ikan dan menunjukan
lubuk ikan.
No comments:
Post a Comment