JAMAL SINYOR PENGKHIANAT PADA PEMILIK TANAH KOYAH A KINABATANGAN.....DAKWA MOHSIN

OLEHY: SHAIMON S JUMADI
Monday Oktober 03/2016


SANDAKAN:- Kes pembicaraan Tanah Koyah A Kinabatangan  yang dibicarakan di Mahkamah   Tinggi Sandakan pada Julai lalu dan pihak hakim Mahkamah telah memutuskan bahawa pembicaraan keatas tanah seluas 6,000 ekar menemui kegagalan dengan alasan  terlewat had masa tuntutan.

Menurut jurucakap ahli-ahli Tanah  Koyah A  Mohsin bin Jurop  menjelaskan bahawa keputusan Hakim adalah tidak munasabah dan perlu dibawa ke Mahkamah rayuan  untuk mencari keadilan bagi mempertahan hak asasi mereka.

Berikut fakta-fakta kes berhubung kait dengan kedudukan tanah Koyah A yang kini dalam dilema dihuraikan oleh Penasihat Undang-Undang

FAKTA KES 01


01.    Sangat mengejutkan keputusan Hakim Datuk Martin Indang Mahkamah Tinggi Sandakan seperti yang diberi tahu oleh peguam kami.
02.   Kes kalah kerana terhalang had masa wah hal berkali-kali menunjukan sebaliknya.
03.   Malah perkara 13 Perlenbaga Persekutuan iaitu hak teradap harta menyatakan :


01.   Tidak seorangpun boleh dilucutkan hartanya  kecuali mengikut undang2 .
02.   Tiada undang2 boleh memperuntukan mengambilan atau penggunaan harta dengan paksa tanpa pampasan yang memadahi.

03.   Perlembagaan adalah undang2 tertinggi Malaysia, Apakah Hakim tidak melihat peruntukan undang2 ini?

04.   Lima 0rang saksi plaintif tampil memberi keterangan, bukti2 seperti orang yang meninggal dunia lebih awal bersetuju menandatangai surat  membatalkan geran pafa tarikh lebih hadapan, malah orang yang hidup dikatakan mati juga, telah datang memberi keterangan di Mahkamah. Tidak cukup kah itu sebagai bukti yang besar  menunjukan penipuan terhadap harta kami.


05.   Jamal Sinyor yang dulu bersama plaintif telah menjadi saksi  defenden, hanya dia seorang sahaja menuduh Penasihat Undang2 kami dan Saya (Mohsen)  menghasut ahli2 membawa tuntutan ke Mahkamah, mana buktinya? Mana  laporan polis? Semua ini hanya keterangan bohongnya di Mahkamah. Kami saudara2 satu agama, satu bangsanya dikhianati olehnya dan beberapa yang lain. Segala keterangannya itu fitnah semata-mata. Adakah ini yang meyakinkan Hakim dalam mempertimbangkan keputusannya?

06. Sangat dukacita Hakim tanpa menilai bukti dengan terliti. Pandangan kami, bukti2 kukuh kami melalui keterangan mahupun  dokumen2 sudah tidak dapat sanggah lagi kebenarannya dan amat dukacita Hakim memberi keputusan tuntutan ini terhalang kerana had masa tanpa menilai bukti dan perkara 13  Perlembagaan Persekutuan.


07.   Dengan itu dapatlah kami simpulkan bhawa ini adalah  satu ujian perjuangan yang belum selesai untuk kami. Kami akan berusaha keperingkat rayuan walaupun peguam yang mewakili kami pada hari keputusan diumumkan dia juga sudah tidak mahu mewakili kami. Walaupun diletak dengan situasi terkontang kanteng  ketiadaab  lawyer dab bayaran kos kepada dependan2 tidak melemahkan kami kerana Allah SAW  bersama-sama kami. Saya menyeru bagi sesiapa peguam pribumi Sabah yang prihatin, jujur, amanah  dan takutkan Allah sudi menjadi Asbab bantu kami memperjuangkan kebenaran tuntutan kami. Itu harapan kami.


08.   Disatu perinbgkat hakim yang lama, Datuk Douglas Primus tekah membenarkan defendan2 meminda pembelaan mereka dengan memasukan  berkenaan had masa yang mana kes Tanah jika melibatkan penipuan hanya boleh dibawa tindakan 3 tahun  dari sejak pengetahuan plaintif. Plaintif2 dikatakan telah mengetahui 2007. Plaintif  melalui peguam mereka telah menjawab:\

   
01.   Pengetahuan mereka pada tahun 2013  melalui carian tanah  yang dibuat oleh Penasihat undang2 mereka  iaitu pada sekitar April 2013 dan saman telah difailkan pada Oktober 2013 .

FAKTA KES 02.

Perkara 13(1) (2) Perlembagaan Persekutuan

Pada masa itu Peguam kami tekah menasihatkan untuk buat rayuan keatas keputusan hakim, kerana pihak plaitif resau ini akan dijadikan asalan seterusnya untuk membatalkan saman plaintif, maka rayuan dibuat.
Dalam proses itu, peguam kemudian menasihati untuk tidak teruskan rayuan dan memberitahu bahawa hakim Datuk Douglas menyatakan ada kami mahu terus rayuan? Jika kamu ada Good  Defend  perkara 13 Perlembagaan Perseketuan  setekah itu, peguam plaintif mendapat akur janji  secara lisan tidak akan membuat permohonan untuk membatalkan sama plaintif. Kemudian peguan menasihati plaintif tidak meneruskan rayuan agar perbicaraan dapat disegeralan. Namun apa yang berlaku, hakim perbicaraan ini mengambil keputusan bahawa tuntutan plaintif  terhalang had masa. Dimana keadilan bagi semua plaintif? Hak terhadap harta mereka dilucutkan tanpa menurut undang2.

Tidak ada manusia yang waras membatalkan tanah mereka yang diberi kerajaan  purata 15 ekar setiap seorang semata2 untuk diserahkan kepada syarikat. Malah plaintif2 yang menerima wang RM1,500 telah memberi keterangan  bahawa mereka berasa sangat tertipu kerana pada waktu penerimaan wang tidak diberi tahu bahawa kawasab Koyah A tekah diluluskan buat plaintif2, mereke tidak pernah berurusan untuk membatalkan urusab tanah ini di pejabat Tanah tetapi dipanggil di Syarikat defendan diberi wang dengan pelbagai alasan.

Setelah  carian dibuat ada bukti kononnya plaintif2 bersetuju  serahkan geran kepada syarikat dan syarikat memberi saham kepada plaintit.
Jika Mahkahmah mempertimbangkan hal ini sebagai benar sekalipun di mana hasil saham yang sepatutnya diberi kepada plaintif?









No comments:

Post a Comment