BUKAN SEAGAMA TIDAK PENGHALANG UNTUK DUDUK SEBUNBUNG.... The Sabah Insider Online



NUKILAN NURLIYANA ABDULLAH
Wednesday October 26/2016

DI kawasan saya memang rata-ratanya murut asal bukan muslim tapi sekarang ramai famili muslim.

Dalam famili saya ada 3 orang muslim agama termasuk saya dan yang lain masih agama asal tapi hidup kami seperti biasa kedua org tua saya tak kesah apa agama kami bila dewasa.

Di kawasan kami meski islam tak majoriti tapi wakil rakyatnya murut bukan islam dari UMNO  iaitu YB Rubin Balang

Tika di rumah masa malam saya lihat tv bersama ayah dan ayah seperti biasa asyik bercerita hal politik.

Tiba-tiba  muncul di TV wajah Said  Burung keruak dan dia kata dia itu tetap kalah. Saya senyum.

Tiba-tiba  sesudah itu ada orang cedera kesan main mercun dan sekali lagi dia kata itu budaya Malaya jangan bawa ke Sabah. Saya senyum tanpa kata.

Sesudah itu muncul wajah Najib dan saya kata itu orang ayah sebab ayah orang BN

" Puiiiiiiiiiii....ini Najib kuat hutang sampai kiamat tak dapat bayar" katanya dan saya ketawa agak kuat sikit.

Sesudah itu muncul DS  Shafie  di TV  dan ayah kata itu parti si ana menang. Lagi saya ketawa. Lucu. Macam dia boleh ramal pula dan dia tahu saya pembangkang tak minat BN.

Bila saya bercakap hal benar ayah kata yang dia lebih awal makan garam dan saya tak tahu apa-apa katanya. Saya diam elak berhujah.

Berjuang dalam UMNO  tapi paip air di kampung saya belum ada dan mereka hanya harap sungai yang tercemar.

Hari itu sempena DS Shafie  datang kampung saya sekitar 16,000 orang datang dan itu menggusarkan BN itu kata ayah saya yang mcm akui BN bakal tumbang.

Kesihan orang kampung lebih kurang sama macam zaman jepun


No comments:

Post a Comment