RASUAH DAN POLITIK SEIRING DAN SEIRAMAH

OLEH: SORAYA EGG
Monday October 10/2016

1.SUNGGUH  gembira UMNO melihat perkembangan beberapa wakil rakyat pembangkang dari PKR dan DAP berhijrah ke parti tempatan menurut mereka pembangkang akan berakhir di Sabah kerana pergolakan dalaman dan kekecewaan melanda parti pembangkang.

2.Sedangkan langkah langkah strategik penstrukturan semula parti pembangkang untuk menghadapi Barisan Nasional dalam pilihanraya dalam masa terdekat ini. Menurut pemimpin PKR dan DAP pusat mereka maklum perubahan lanskap politik Sabah lebih cenderung pada parti lokal dan kerjasama pembangkang tidak terjejas untuk mengatasi Barisan Nasional di Sabah.

3.Ketokohan dan pengalaman Dr.Mahathir dengan gabungan pemimpin dari Sabah dan Sarawak telah menghampiri penyatuan parti parti pembangkang seluruh negara yang lebih menarik pertemuannya dengan YM.Baginda Dipertuan Agong untuk mempersembahkan deklarasi rakyat namunpun beliau tidak berterus terang intisari perjumpaan itu, tapi kita tunggu persidangan majlis raja raja akan bersidang dalam masa terdekat ini.

Terbaru ada desas desus beliau menghubungi Governor Sarawak tetapi persoalannya apakah ketua menteri Sarawak akan mengikut telunjuk governornya apa yang dihajati oleh Tun Mahathir Mohammad 

4.Tingkat kepercayaan pemimpin pembangkang semenanjung terhadap DSSA adalah amat yakin terbukti parti mereka tidak akan melibatkan hal ehwal politik Sabah dan apa yang dituntut oleh rakyat Sabah akan tertunai jika gabungan pembangkang ini berjaya menubuhkan kerajaan di peringkat negeri dan nasional.

5.Tidak seperti UMNO penglibatan mereka dalam hal ehwal Sabah tidak terbatas sehingga bakal pemimpin kita akan dipilih oleh pusat dan pemimpin UMNO Sabah sentiasa menikus kerana tertakluk di bawah perlembagaan dan displin parti itu.

6.Keyakinan orang ramai terhadap kepimpinan DSSA semakin teserlah sehinggakan menggamit wakil rakyat dari PKR dan DAP bersedia bergabung di bawah parti pimpinannya yang berkonsepkan multiracial, setakat ini sudah menggamit dua wakil parlimen dua kursi DUN dan dijangka ramai lagi akan menyusul berjuang bersama beliau.

7.Atas kejayaan dan sambutan orang awam terutama orang kampung sebagaimana setiap jelajahnya dihadir oleh penyokong berbagai latar belakang agama dan suku telah dicemburui oleh pihak lawannya dan tidak hairan lah beliau dihubungkaitkan dengan skandal "watergate" jabatan air Sabah yang menggemparkan rasuah terbesar dan salahguna kuasa dalam sejarah perkhidmatan awam.

8.Rasuah dan salahguna kuasa oleh pengarah Jabatan Air  Sabah (JAS)  dan timbalannya telah menimbulkan berbagai reaksi dan spekulasi cuba mengaitkan berbagai pihak, dan kononnya dikambing hitamkan oleh pihak atasan adalah terlalu awal membuat kesimpulan dan wajaran sesiapa yang benar atau salah dalam perkara ini.

9.Dakwaan dijadikan kambing hitam oleh pihak lain akan terjawab setelah penyiasatan komprehensif oleh SPRM kepada agensi yang terlibat secara langsung dalam penganugerahan projek senilai 3.3 billion ringgit terutama jawatan kuasa lembaga tender yang dianggotai oleh pihak negeri dan persekutuan.

10.Inilah hakikat politik sentiasa mencari ruang untuk menjatuhkan pihak lawan namanya juga politik "kata periuk belanga hitam".


No comments:

Post a Comment