JAS MENAIKAN TARIF AIR SATU BEBANAN PENGGUNA ......DAKWA WONG


OLEH: SHAIMON S JUMADI
 Wednesday October 12/2016\
KOTA KINABALU:- Jabatan Air Sabah yang diurus tadbir oleh Kerajaan Negeri Sabah telah menyelaraskan tariff air pada awal tahun 2015.
Sejak itu tindakan Jabatan berkenaan berbuat demikian telah  mendapatkan kritikan oleh masyarakat pengguna  yang mendakwa sebenarnya tarif air telah bertambah dan melambung tinggi beberapa kali ganda.
 Hal ini telah disuarakan oleh Pengerusi DAP Sabah yang juga Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong Tien Fatt dalam satu kenyataan media hari ini 
Wong berkata tindakan Jabatan Air  menaikan kadar tariff bil air  telah menimbulkan rasa tidak puas hati dan kontraversi di kalangan orang ramai kerana satu bebanan yang harus ditanggung.
 Dalam pada itu  DAP juga telah berkali-kali memberi tekanan kepada kerajaan untuk mengurangkan tarif air, Menteri Pembangunan Infrastruktur, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan pernah mempertimbangkan untuk mengurangkan tarif air, tetapi sampai hari ini masih tidak ada sebarang perkembangan  dan tindakan selanjutnya rakyat semakin tertekan
Pada masa itu, Pairin memberi alasan bahawa selama 30 tahun  lalu tarif air tidak  dinaikan dan juga tekanan dari pengurusan kewangan Jabatan Air Sabah untuk mendapatkan kelulusan menaikan tarif air.
Malangnya, hari ini kes rasuah yang melibatkan pegawai JAS - iaitu projek bernilai RM3.3billion, RM2billion daripada jumlah tersebut telah diambil  oleh Pengarah dan Timbalan termasuk dua lagi pegawai kanan Jabatan Air Sabah (JAS)  yang  ditangkap oleh Suruhanjaya  Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM)  kerana  terlibat dal kes  rasuah dan pemilikan rumah dan harta yang tidak selaras dengan pekerjaan mereka. \
Hal ini menggambarkan masalah rasuah di JAS yang jangka panjang dan akhirnya rakyat yang dipaksa untuk menggantikan kerugian. 
Kenyataan Ahli Parlimen Sandakan YB Stephen Wong Tien Fatt menggesa Kerajaan Negeri dan Pairin meminta maaf kepada rakyat atas ketidakcekapan pengurusan JAS, dan beliau menggesa Pairin untuk berundur sebagai tanda tanggungjawab penuh terhadap apa yang berlaku dan mengurangkan tarif air dengan segera!
Beliau berkata ini mengesahkan, selagi tidak ada rasuah, Sabah pasti mempunyai keupayaan untuk menyediakan air yang murah dan bersih untuk setiap isi rumah.
Oleh itu, Pairin tidak lagi layak untuk mempertahankan kenaikan tarif air, Pairin perlu memberikan keterangan kepada rakyat dan mendengar pendapat umum, mengurangkan tarif air Sabah dengan segera.
Katanya lagi inilah dasar pemerintahan Kerajaan BN/UMNO tiada hentinya  melakukan rasuah sejak dari dulu sehingga sekarang macam satu trend dan budaya kes rasuah menjadi-jadi.


No comments:

Post a Comment