BENARKAH GST KEKAL KE TAHAP 6%? The Sabah Insider Online


OLEH: SORAYA EGG
Ahad Oktober 23/2016

1.BERLANJAWANBajet 2017 adalah disifatkan Paling Berani RM 280.6 Billion dengan unjuran pendapatan negara tidak menentu berhadapaan situasi ekonomi dunia lembab.

2.Perkembangan ini akan mengakibat penguncupan ekonomi negara turut terlibat kerana kebergantungan sumber utama petrolium akan menghadapi turun naik harganya di pasaran.

3.Nilai ringgit semakin menyusut dalam sejarahnya terlalu rendah dibandingkan dengan matang wang utama dunia akan melonjakan harga barangan import yang hampir 90% adalah berasal dari luar negara akan meningkat harganya berlipat kali ganda.

4 Apapun alasan diberi faktor urustadbir 1MDB yang lemah telah meningkatkan hutang dan kehilangan wang berbillion akan mengganggu aliran tunai negara kerana akhirnya negara lah yang akan menanggung beban membayar hutang syarikat itu.

5.Tidak dapat dinafikan ekoran krisis dan ketidak transpiran dalam isu 1MDB telah menjejaskan keyakinan pelabur luar untuk menanam modal mereka di negara ini malahan ada beberapa syarikat telah menutup operasi mereka dan mengalihkan pelaburan mereka di negara jiran.

6.Hutang luar dan dalam negara telah mencapai tahap siling 54%, mengikut peraturan tidak dibenarkan lagi berhutang hanya satu satunya jalan untuk menampung perbelanjaan kerajaan mengurus dan pembangunan, dengan menaikan GST.

7.Rakyat adalah amat sukar mempercayai janji kerajaan umpamanya satu ketika dulu harga petrol tidak dinaikan,harga barangan akan turun selepas GST, dan selepas akta ISA dihapuskan tiada lagi akta menghalang kebebasan rakyat tetapi sebaliknya lebih dasyat lagi.

8.Kewibawaan dan intergriti kerajaan Barisan Nasional telah lama tercalar, akibat kegagalannya menghalang korupsi dan kesejahteraan rakyat terjejas akibat kos hidup tinggi, sudah cukup untuk rakyat menolak kerajaan BN.


No comments:

Post a Comment