( pemurah dan suka tolong orang)
OLEH:
ISMAILY BUNGSU
Sunday
October 02/2016
SAYA kenal Datuk Sri Panglima Lajim Hj Ukin sejak tiga puluh tahun lalu. Bukan baru dan
dia sendiri selalu memberikan kepercayaan kepada saya untuk membantunya di
pelbagai NGO.
Memang
saya kenal sangat. Bila sekian tahun saya tidak aktif dalam politik setelah
melepaskan jawatan ketua penerangan PKR Sabah, lalu beliau amanahkan saya
peggang jawatan Pengarah Komunikasi PKR dan jawatan itu saya peggang sekitar
enam bulan dan sesudah itu saya meletakkan jawatan dan masih ahli PKR hingga ke
saat ini.
Terus
terang sewaktu dalam kabinet di Sabah termasuk menteri persekutuan, saya tidak
pernah minta bantu atau mendapatkan sesuatu sebab memang perangai saya tidak
akan mengambil kesempatan bila dia berkuasa sebab niat saya hanya membantu dan
tentunya sikap saya beda dengan yang lain.
Seorang Lajim memang insan yang baik dan insan
pemurah. Sesiapa saja minta bantu ia akan segera bantu tak kira siapa dan di
situlah kelebihan seorang insan bernama DSP Lajim Ukin dan ini diakui oleh
banyak orang.
Pernah
suatu waktu dia mengeluh dan ketika itu saya hanya diam lalu menitis air mata
saya pelan-pelan dan itu saya
sembunyikan dan dalam masa yang sama saya katakan " kalau demikian, gunung
juga akan runtuh datuk" Lajim terdiam dan kami bertatapan mata.
Saya
memang merasa rawan dan sedih melihat keadaan dan saya tahu di mana silapnya
dan itu sebab dia minta saya berhubung dengan Menteri Besar Selangor secara
direct dan memang sudah saya hubungi tetapi keputusan itu saya diamkan sebab
tidak sampai hati.
Kemudian
kesan saya sedih sangat dan tidak sanggup melihat keadaan maka saya bisikkan
sama Lajim untuk saya meletakkan jawatan dan ketika itu Lajim terkejut dan diam sebab saya ada alasan-alasan
tertentu.
"
Haji bertugas dan bantu saya secara peribadi dan jangan peduli kata-kata orang
lain" kata-kata itu menjadikan saya terus menduduki kerusi pengarah
Komunikasi dan niat membantu secara serius dan memang tugas-tugas komunikasi itu telah saya lakukan dengan baik
cuma yang selalu saya katakan tidak ada SOP.
SOP itu
amat saya perlukan sebab di PKR/MPN ada 3 jawatan fungsinya sama iaitu Ketua
Penerangan PKR dipeggang oleh YB Terence dan saya peggang jawatan Pengarah
Komunikasi dan sementara Datuk Maijol peggang Ketua penerangan dan Komunikasi.
jadi tanpa SOP tentulah agak susah khuatir kerja-kerja bertindih dan itu
menyebabkan yang lain tidak senang.
Sesudah
itu SOP dimaksud tiada dan sesudah kali ketiga menulis surat untuk letak
jawatan, barulah diterima dan Lajim mahu
saya kekal sebagai pegawai perhubungannya sendiri dan itulah tugas yang
diamanahkan sehingga hari ini tidak ada pula apa selanjutnya.
Seperti
saya katakan Lajim memang seorang insan
yang baik dan pemurah, cuma kekadang orang yang tidak dekat dengan dia tidak
tahu sikap dan baiknya DSP Lajim dan ini harus saya katakan.
Berita
yang belum pasti dan kita lihat esoknya nanti yang Lajim bakal umum dan tinggalkan PKR Sabah.
Apakah
PKR Sabah bakal bubar atau ada pengerusi MPN baru, itu juga kita tidak pasti
dan itu terserah kepimpinan pusat nanti.
Kekadang
ada yang memikirkan tindakan Lajim itu
jika benar seolah tidak baik tetapi Lajim seorang yang matang dalam politik tentu sudah
memikirkan banyak sudut kesan suara-suara Sabah for Sabahan begitu berkumandang
di Sabah dan Lajim sendiri pernah
menyebut perkataan itu yang maknanya Sabah ini untuk orang Sabah.
Sebelum
ini Lajim memang mahu perjuangkan
autonomi, tetapi perlembagaan PKR sendiri berulang saya katakan tidak bersifat
autonomi, contohnya lantikan ketua Wanita dan ketua pemuda masih kuasa pusat
dan ini tidak betul dan itu sebab selalu saya katakan agar ada perubahan/ada
usul di kongress nasional untuk merubah keadaan.
Barangkali
kata-kata yang ia perjuangkan autonomi itu hanya retorika dan kesan itu ia
mengambil keputusan meninggal PKR dan kemudian menubuhkan parti yang saya
difahamkan sudah lulus bakal dilancar kira2 minggu depan.
Jika
ramalan ini benar dan parti yang ia tubuhkan berkerjasama dengan parti lain
yang asasnya lokal terutama parti DS Shafie Apdal sendiri maka itu bakal
menyebabkan BN di Sabah tidur tak lena dan makan tak kenyang.
Saya
doakan DSPL terus berjaya dan berjaya untuk memimpin parti baru nantinya.
No comments:
Post a Comment