OLEH: SORAYA EGG
Khamis Oktober 13/2016
1.BUDAYA rasuah di Malaysia terutama
golongan atasan dalam kerajaan sudah menjadi darah daging mereka dan tidak
merasa bersalah berasuah bila ada kesempatan. Mana mana anutan melarang memakan
hasil rasuah apalagi ditinjau dari perspektif moral adalah amat jijik.
2.Di negara kita yang
ditadbir oleh Barisan Nasional terlalu banyak berlaku rasuah,institusi
dipertanggung jawabkan nampak tidak berfungsi dan tidak dapat mencegah penyakit
yang jelek ini.
3.Sebagai kerajaan yang dipimpin dan
agama rasminya Islam tidak sepatutnya berlaku rasuah lagi sedangkan agama ini
merlarang rasuah sehingga melabelkan RASUAH itu haram.
4.Dalam kita disibukkan
dengan urustadbir 1MDB melesapkan wang berbillion, kini muncul kes penipuan
penggelapan wang ratusan juta ringgit dari projek kerajaan bernilai 3.3 billion
ringgit di jabatan air Sabah.
5.Kalau kuasa seorang
pengarah di jabatan kerajaan boleh mencipta penyamunan sebesar itu, adalah
tidak hairan individu yang lebih berkuasa berlipat kali ganda banyaknya wang
rakyat disonglap.
Rakyat tahu penyelewengan
mereka tetapi berlindung dari sistem kerajaan maka ramai yang terlepas oleh
mahkahmah dunia, namunpun begitu yang menanti mereka mahkahmah rakyat yang pasti
tidak terlepas pengadilan selepas mati dan dosa mereka akan membawa ahli
keluarganya ke neraka jahanam kerana termakan hasil penipuan haram mereka.
6.Malangnya majoriti rakyat
turut menghalalkan rasuah kerana masih memberi hormat kepada perasuah dan memberi
mandat kepada pemimpin perasuah memimpin mereka, bukan setakat itu mereka
bangga di kemudi oleh perasuah.
Di mana silapnya mentaliti
rakyat di negara ini lebih mendengar hujah pemimpin dari Al-quran dan Hadis.
7.Adalah menjadi sunnah dan
hukum karma setiap perbuatan jahat itu akan dibalas kejahatan. Ingat jika Allah
berkehendak nikmat,harta dan pangkat akan lenyap dalam sekelip mata.
No comments:
Post a Comment