II PATI PENGHUNI RUMAH SETINGGAN SESB ALAMI KERUGIAN BESAR AKIBAT PENYAMBUNGAN HARAM ELEKTRIK....The Sabah Insider Online



OLEH: SORAYA EGG
Selasa Oktober 25/2016

1.INILAH  akibatnya kegagalan kerajaan menangani pendatang haram di negeri ini malahan menggalakkan dengan tujuan talian hayat terus memerintah Sabah.

2 Impak yang jelas umpamanya kerugian SESB RM64 juta akibat sambungan haram didapati di kawasan setinggan yang majoritinya diduduki oleh pendatang haram dari negara jiran tetangga.

3.Kerugian fizikal dan sosial amatlah ketara, berbanding sumbangan mereka di sektor peladangan dan bangunan malahan aliran tunai keluar negara berbillion jumlahnya sepatutnya boleh digunapakai dalam negara untuk merancakkan lagi aktiviti ekonomi setempat.

4.Peluang dan persaingan orang tempatan semakin sempit mengisi lompong ekonomi dan sumber sedia ada kerana pendatang lebih agresif namunpun memberi pulangan minimum terpaksa membuatnya kerana tujuan asal mereka ke negeri ini untuk mencari kehidupan yang selesa.

5.Tekanan emosi dan psikologi orang tempatan berhadapan dengan pendatang haram adalah mengurangkan keselesaan dan kebebasan hidup bagi orang tempatan kerana pendatang haram sering melakukan jenayah perampokan,pecah rumah dan bertindak ganas tak kira mana tempatnya.

6.Sejauh mana kerajaan secara jujur mengatasi musibah ini namunpun telah dibuat langkah langkah pencengahan tetapi wabak ini semakin kronik yang tak kunjung selesai, sampai bila kerajaan meletak rakyat sentiasa diposisi rugi dan kurang selesa di negeri sendiri.


No comments:

Post a Comment