KES RASUAH....SIAPA PEMILIK SEBENAR YUDA WATER SDN BHD?


( kasus rasuah jabatan air)
OLEH: ISMAILY BUNGSU
Selasa Oktober 11/2016

BIASAnya tulisan saya tidak menuduh. Umumnya tulisan saya banyak berbentuk pertanyaan sama ada benar atau tidak. Itulah selalu saya bubuh kata " Benarkah?" "Betulkah?" dan banyak lagi dan tidak terus membuat penghakiman salah atau tidak.
Kasus rasuah jabatan air dan pertama yang harus kita fikirkan DS Shafie Apdal orang pantai Timur dan jauh, sedang Pengarah dan Timbalan Pengarah orang Bongawan dan Membakut. Iti pertama meski jarak bukan ukuran.
DS Shafie sendiri akui dia tak berapa kenal kedua insan yang duduki Jabatan Air itu sebab jabatan itu bawah kerajaan negeri dan bukan bawah kerajaan persekutuan dan kita tahu pengarah dan timbalan pengarah itu lantikan oleh pihak Negeri dan bukan pihak persekutuan.
Bila disebut soal hak/kuasa negeri, maka segala urusan yang menyentuh peruntukan negeri harus berhubung dan mendapat kelulusan Setiausaha tetap Kementerian Kewangan Negeri yang Musa Aman menterinya merangkap ketua Menteri Sabah.
Kemudian setahu saya tidak ada gambar-gambar  yang terkait atau acara-acara  rasmi antara Pengarah dan Timbalan Pengarah air bersama DS Shafie Apdal selama ini kesan tidak ada kaitan itu tetapi beda dengan kedua pengarah/Timbalan termasuk famili mereka itu dengan Menteri-Menteri  kabinet di Sabah dan juga salah seorang menteri yang ada urusan di negeri dan namanya bersama DS Shafie Apdal memang tidak ada sepanjang yang saya tahu.
Selanjutnya yang berkuasa di Kementerian kewangan di Sabah dan menteri kerja raya itu memang akrap dengan pengarah dan timbalan pengarah, malah terbukti mereka hadiri hari jadi bapa Teo sendiri dan gambar-gambar  menjelaskan, sementara adik Pengarah jabatan air pula mantan bendahari UMNO Kimanis sejak 2008 hingga 2013.
Disamping itu sesuatu yang jelas dan terbukti, duit-duit  yang berjuta itu tidak dalam akaun DS Shafie Apdal dan DS Shafie Apdal bukan yang kelihatan bermewah2 dan ada rumah di Kota Kinabalu hanya rumah biasa seperti kebanyakan orang dan tidak banglow berjuta harga macam menteri2 atau ketua bahagian UMNO lain di Sabah yang memang rumah ada yang berjuta harga.
Duit tunai berjuta termasuk disimpan di luar negara seperti katanya SPRM itu milik pengarah dan timbalan kebetulan didapatkan di rumah mereka dan juga segala emas termasuk hotel 5 di sekitar jalan lintas termasuk sykt perumahan.
Jikapun DS Shafie Apdal terlibat adalah perkara BODOH jika dana itu ia letakkan di akaunnya atau suku sakat atau atas nama syarikat kawan-kawannya dan paling-paling yang ia harapkan dan bukan pengarah atau timbalan pengarah atau suku sakat yang terdekat pengarah dan timbalan pengarah.
Yang dibangkit2 selalu diuar-uarkan ialah soal projek bekalan air, sedang ada dua kementerian yang bertanggungjawab terhadap air ini iaitu KKLW dan kementerian di bawah Dr Mix Ongkili dan juga Kerajaan Negeri sendiri melalui jabatan air Sabah.
Barangkali kita perlu juga tahu hal yang disebut-sebut oleh SPRM soal syarikat yang miliknya famili Timbalan Pengarah dan salah satunya ialah  M/S  YUDA WATER SDN BHD yang bertanggungjawab terhadap pembekalan air di Sabah termasuk rawatan air dan segala macam pembangunan. Itukan diamanahkan oleh kerajaan negeri dan lihat yang saya sertakan dan kajilah.
Nota ini sekadar untuk semula difikirkan dan saya bersetuju kenyataan DS Shafie Apdal dan ketua menteri Sabah agar semuanya diserahkan saja kepada SPRM dan kita usaha membuat spekulasi yang nanti mengganggu siasatan yang dijalankan oleh SPRM.


No comments:

Post a Comment