SHAFIE TIDAK KEMARUK JAWATAN KETUA MENTERI... The Sabah Insider Online


OLEH: ISMAILY BUNGSU
Tuesday October 18/2016

BILA saja DS Shafie Apdal dipecat dari kerusi Menteri dan kemudian digantung duduki kerusi Naib presiden UMNO/seterusnya DS umum tinggalkan UMNO dan katanya tidak akan kembali kepada UMNO, maka ketika itu bermula suara-suara  sumbang ditujukan kepadanya.

Mantan TPM/TS Muhyiddin dan mantan MB Kedah/DSP Mukriz yang meletakkan jawatan sebagai menteri besar menubuhkan parti tahap nasional dan diuar2kan DS Shafie Apdal bakal duduki timbalan presiden parti yang sekaligus kalau berjaya di PRU14 bakal duduki kerusi timbalan perdana menteri.

DS Shafie Apdal dengan bahasa yang baik menolak pelawaan itu sebab sambil akui sudah sekian lama di nasional dan sudah sampai masanya untuk balik ke kampung dan kenyataan ini berulangkali diperkatakan melalui ucapan-ucapannya lewat jelajah ke seluruh Sabah.

Tidak lama kemudian DS Shafie Apdal bersama  Darell Leiking
muncul di pejabat ROS dan mereka menyatakan sudah memiliki parti tahap tempatan, cuma mereka memerlukan perubahan nama parti dan logo yang memerlukan kelulusan ROS dan kelmarin ROS umumkan bakal buat kenyataan dalam waktu terdekat.

Kelmarin juga Mahathir menamakan TS Muhyiddin bakal duduki kerusi Perdana Menteri jika berjaya di PRU14 dan DS Shafie Apdal semula dinamakan sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan merujuk kenyataan DS Shafie Apdal sebelumnya yang menyebut BALIK KAMPUNG sudah tentu merupakan jawaban kepada tawaran kali kedua itu.

Serentak itu Tun Mahathir menyatakan yang DS Shafie Apdal menteri yang bersih dan tidak berdosa dan tidak terkait dengan kasus rasuah jabatan air. Itu pandangan seorang yang bernama Tun Mahathir.

Soal dosa itu perkara lain dan DS Shafie Apdal bukan seorang Nabi dan sifatnya tidak maksum dan soal dosa itu hanya Allah yang menentukan dan saya tangkap maksudnya Tun Mahathir ialah antara menteri yang bersih banding menteri-menteri  yang ia lantik sebelum ini.

DS Shafie Apdal sebelum ini menjelaskan yang dia tidak kemaruk jawatan termasuk jawatan ketua menteri di Sabah yang selalu dijadikan alasan bila DS Shafie Apdal kembali ke Sabah dengan istilah BALIK KAMPUNG.

" ........Yang mengatakan saya seolah kemaruk jawatan ketua menteri atau apa-apa jawatan itu satu sangkaan yang tidak benar sebab visi saya hanyalah memperjuangkan kepentingan rakyat dan saya mahu hak rakyat itu dikembalikan kepada rakyat dan bukan diboloti oleh sesetengah pemimpin..." Katanya ketika dihubungi dan kenyataan ini memang berulang kali diucapkan.

Yang DS Shafie Apdal mahu rakyat Sabah tanpa mengira apa bangsa, suku, agama atau warna kulit harus bangkit dan sama bersatu menentang kepimpinan yang korup yang menyebabkan rakyat Sabah hidup dalam keadaan susah dan menderita.

UbahSabah
Sabahans For Sabah


No comments:

Post a Comment