POLITIK SABAH CARANYA ENAU...The Sabah Insider Online


( 1 peluru tembak dua musuh)

OLEH: ISMAILY BUNGSU
Sunday October 16/2016

POLITIK sekarang semacam enau dalam belukar masing-masing melepaskan pucuknya.

Dalam keadaan enau begitu ada yang menggunakan satu peluru bisa tembak ramai musuh dan dalam masa sama serupa ada lontar batu sembunyi tangan.
Faham maksud saya?

Dalam parti sesama parti memang ada bermusuh secara diam atau itu dikatakan "gunting dalam lipatan" atau "musuh dalam selimut" tapi hati sakitnya bukan main sebab yang berkuasa bisa raih sebanyak harta dan itu istilahnya "MAKAN SENDIRI". Siapa saja yang makan sendiri itu?

Kesan asyik makan sendiri maka ada kelompok dalam parti tidak senang hati dan usaha lakukan strategi untuk kenakan tanpa siapa tahu dan itu perancangan yang cukup teliti dan bijak tetapi bijak-bijak  bodoh namanya sebab dalam dunia itu tidak semua orang bodoh seperti disangka.

Sebelum melepaskan tembakan, tentunya dicari orang yang yang dipercaya atau orang kanan yang boleh simpan rahsianya seseorang itu dan itu tidak susah dan memang sudah tahu, makanya kita jangan selalu berfikir yang rahsia itu tidak selama jadi rahsia dan di kiri kanan atas bawah ada saja musuh dalam selimut sebab wang itu itu bukan segalanya tetapi segalanya memerlukan wang. Faham?

Lalu dilapor ke sprm dan penangkapan itu memang sudah dirancang dengan teliti kala ada orang dalam yang memberi tahu semua perkara.

Siapa saja yang merancang itu, mari sedikit demi sedikit kita perkatakan dengan harapan semua orang bisa mengerti dan memahami kasus ini agar terang di depan mata tanpa bersuluh di hari siang.

Yang melontar batu sejak bermula kasus tidak pernah bersuara tapi peluru yang mereka tembakkan itu memang menggena tapi yang ditembak belum tentu mati sebab ada talian hayat.

Bijak, segalanya benar-benar menjadi, lalu kasus itupun berterbangan memenuhi ruang angkasa dan ada yang bertanya kentut siapakah itu tetapi tiada siapa yang berani mengakui berak di tengah jalan dan kesannya kalangan kita sesama menuding jari.

Lagi ribu di sana sini bercakap soal kentut. Rakyat terdiam ramai tak tahu konspirasi dan strategi ini dan itu sebab ramai melalak dan meroyan hingga ramai muncul seperti orang bijaksana bijak sini dan ramai tersihir kesannya ramai jadi gila babi tapi rumah sakit bukit padang masih ada ruang dan virus/kanker baru bermula.

Kesihan orang kita kesan tidak bijak menelaah kesan hanya makan maggie mee setiap hari dan tidak dilatih untuk berfikir, lalu begitulah pandangan mereka dan tahapnya amat terhad tidak sampai menjejak puncak gunung terkapai di pinggiran.

Bijaknya yang menembak terus mendiamkan diri jadi bisu alias BABAU, pekak badak, bisu hanya mata terkedip2 tak bersuara meski sebelumnya merekalah yang paling hebat mendepani apa saja masalah negara dan itu sebab mereka terkenal dan dinamakan sebagai THREE STOGES yang maha bijak dan pintar dalam semua hal. Memangpun mereka pintar lontar batu sembunyi tangan.

Bila kasus terbongkar dan ratus juta tunai didapati di rumah, ratusan geran tanah dan emas berkilo maka orangnya yang terkena sasaran menjadi bising dan siap menuduh yang memang tidak bersalah dan yang diam mereka kaitkan bersalah sedang sebenarnya dia bukan seorang yang meluluskan apa-apa projek dan ia bukan seorang penjawat awam.

Mereka lupa yang meluluskan setiap projek yang diberi secara NEGO ialah kuasa seorang PM dan seorang MB atau KSU/SUT melalui proses tender dan itu sudah ditentukan, sedang pak menteri langsung tidak berkuasa selain hanya rekomendasi bisa dilulus jika memenuhi syarat yang ditentukan dalam peraturan kewangan yang dinamakan TRESURY INSTRUCTIONS.

Kesan tuduhan terus dilontar kepada seorang mantan menteri KKLW maka kelihatanya asyik berbalas-balas tuduhan tiada siapa akui " BERAK DI TENGAH JALAN" dan yang menembak tadi terus diam dan ketawa terbahak-bahak sambil berbisik sesama sendiri dalam hati mereka katakan RASAIN LO sebab peluru yang ditembakkan menjadi VIRUS meresap ke dalam kepala otak rakyat yang bertahap OTOT/Maaf tidak semuanya. Begitulah.

Yang tadinya kalangan pemutar, macai dan pahlawan bangang terus berhujah membabi buta tanpa fakta hingga kekadang yang bertanyapun dikatakan memfitnah dan jelas seolah tidak berpendidikan dan ini cukup melucukan sekali tetapi tidak hairan inilah namanya POLITIK ikut kamus indo sama dengan MUSLIHAT yang maksud siapa bijak muslihat akan tetap jadi juara di dunia dan di akhirat akan dirasa nanti kesan menipu bohong putar alam.

Yang dikatakan THREE STOGES itu memang target pertama ialah mahu menembak musuh dalam parti sama dan jika itu berjaya disingkirkan maka geng THREE STOGES ini dengan sendirinya akan berkuasa duduk di puncak kinabalu untuk sementara sebelum PRU14 dan inilah yang sebenarnya diimpikan dan kerana itu kala melontar batu tangannya tersimpan di belakang. Nampak?

Siapa saja yang tahu permainan ini? Gambar-gambar  akrapnya yang ditembak itu cukup menjadi bukti sah sedang yang lain tidak terbukti dan wang itu sendiri tersimpan di rumah yang menjadi di"kambing hitam"kan.

Memang yang jadi sasaran tidak menyangka perkara seperti itu akan terjadi sebab ia tahu dan kuasanya melebihi segalanya dan ia memikirkan semuanya selamat sebab kuasa di tangannya tetapi dia tidak pernah berfikir dalam selimut ada penyakit yang membawa virus cukup berbahaya banding musuh sebenarnya mantan insan yang pernah duduki kerusi KKLW. Kesihan dia asyik kena kerjakan tetapi dia tetap tenang sebab dia tahu tidak bersalah.

Sebenarnya melalui SPRM, peluru yang ditembakkan itu bakal melantun ke orang sebenarnya. Siapa saja orang sebenarnya itu? dan itu saya katakan gambar dan pemilik-pemilik  syarikat 5 hotel, syarikat YUDA WATER SDN BHD dan banyak lagi sudah cukup menjelaskan dan gambar-gambar  yang menyebar tentu tidak mungkin rakyat tidak bisa menerka siapa sebenarnya yang dimaksudkan.

Yang berkenaan termasuk insan yang pernah duduki kerusi menteri KKLW menyuarakan biarkan saja SPRM melakukan penyiasatan dan tidak perlu sebuk sana sini kesan itu gangguan untuk yang menyiasat dan kenyataan ini memang benar. Saya setuju tetapi saya ini sekadar membedah kasus yang dimaksud untuk sama kita fikirkan dan ini latihan berfikir.

Hingga saat ini THREE STOGES tidak pernah menyentuh kasus/rasuah jabatan air. Juga tidak pernah kaitkan namanya, cuma konon insan yang pernah duduki kerusi menteri KKLW itu insan gagal perbaiki kehidupan rakyat di Sabah. Benarkan? bercakap memang mudah bha!

Siapa saja yang mengatur pembekalan tangki biru, bekalan letrik luar bandar, bekalan letrik luar bandar, jalan-jalan  kampung dan banyak lagi? apakah itu diberikan oleh menteri kesihatan atau menteri pelancongan atau menteri luar?

Membangun negara bukan seperti membina meja, hari ini dibina dan petang bisa nampak. Membangun Sabah tidak cukup hanya duduk 6 tahun di kerusi KKLW dengan peruntukan yang sedikit sebab Sabah/Sarawak luasnya lebih kurang dengan Malaya. Ini kena fikir.

Faham maksud saya ini?Amon faham memang bisai dan saya ulang ini bukan tuduhan sebalik ruang kita membedah otak kita siapa penembak itu dan apa tujuannya mereka menembak dengan menggunakan satu peluru dan apakah peluru itu bisa membunuh atau rakyat yang membunuh semuanya dengan undi tangan sendiri.

Makanya DS Shafie pernah berkata " jangan jual tangan kita" sebalik gunakanlah tangan itu untuk mengundi di PRU14.


No comments:

Post a Comment