OLEH:
WAN FARIDAH WAN AHMAD (KL)
Sunday
October 30/2016
PEPATAH ada menyebut kalau tiadak angin
masakan pokok bergoyang sama juga kalau tiada perkara baik/buruknya semestinya tidak ada cerita atau gosep.
Maruah untuk seorang wanita adalah perkara yang amat
penting.
Apa bila gambar Tasha Shila yang cukup seksi
menghairahkan nafsu kaum lelaki disebarkan,
sudah tentu maruah yang ada dalam diri hilang begitu sahaja.
Kemungkinan gambar tersebut bukan dimanipulasi dan gambar ‘real’, lantaran sedikit sebanyak ia tetap memburukkan
nama anda.
Itulah yang
terjadi kepada Tasha Shilla apabila gambar berpakaian yang menayang buah pehak
gebuk putih halus yang didakwa miliknya tersebar luas baru-baru
ini.
Laporan polis sudah pun dilakukan bagi menyiasat pihak
yang tidak bertanggungjawab tersebut..Namun bagi Tasha Shilla, penyebaran
gambar tersebut membawa maksud ada pihak yang tidak senang dengannya dan
sengaja mahu menjatuhkan maruah dirinya.
Gadis cantik seperti
Tasha pasti ramai yang cemburu. Asal ada sahaja peluang, pasti akan digunakan
untuk menjatuhkan Tasha. Kata Tasha:-
Saya sudah buat laporan dan serahkan kes ini
kepada pihak polis. Di balai polis mana? Tak perlulah tahu. Biarlah pihak polis
yang menjalankan siasatan.
Perkara ini privasi saya dan ia melibatkan
maruah saya dan saya tidak mahu komen apa-apa sebab bimbang kenyataannya nanti
dimanipulasi pihak tidak bertanggungjawab.
Saya kecewa dengan pihak yang ingin
menjatuhkan maruah saya tetapi saya hanya mampu berdoa dan menjalani kehidupan
seperti biasa. Terpulang pada masyarakat hendak kata apa. Apapun, benda yag
terjadi ini buat saya lebih kuat dan tabah.
Ini bukan kali pertama nama saya dikaitkan
dengan kes jenayah. Saya berdiam bukan bermakna saya tidak mengambil berat kes
ini tetapi biarlah saya berjuang dalam diam. Susah senang biar saya tanggung
sendiri.
Saya tak tahu (ada pihak sengaja sabotaj).
Saya hanya berdoa pada Allah. Saya bersyukur kerana saya mempunyai keluarga
yang sendiri menyokong saya
Walaupun dunia hiburan tanah air kita tidaklah sebesar
mana, namun terlalu banyak kontroversi dan perkara tidak masuk akal yang sering
berlaku. Jadikanlah ia sebagai pengajaran dan iktibar.
Tak kisahlah sama ada gambar itu ‘real’ atau
dimanipulasi, kita sebagai pengguna teknologi terkini (handphone canggih) dan
sebagainya, haruslah sentiasa berhati-hati apabila menangkap sebarang gambar.
Tiba-tiba kalau telefon kena pecah masuk, habis terbongkar segala rahsia dan
tersebar segala gambar di dalamnya.
Tak gitu? Kepada Tasha, bertabahlah. Ini semua dugaan dan
ujian buat anda.
Aktres Tasha Shila mengakui beliau telah membuat satu
laporan polis berhubung isu penyebaran foto
seksi yang didakwa miliknya pada
tanggal 9 Jun lalu.
Meskipun merasa kecewa dengan tuduhan yang menjatuhkan
maruahnya sebagai seorang wanita , Tasha bagaimanapun tidak mahu terus mengalah
dan menyerahkan segala siasatan dijalankan oleh pihak berkuasa.
Kecewa sebab ada pihak hendak jatuhkan maruah
saya tetapi ia tidak melemahkan semangat saya kerana ini adalah ujian
daripada-Nya. Saya tidak mahu mengulas mengenai isu berkenaan dan biarlah pihak
polis yang melakukan siasatan memandangkan ia sudah menjadi kes jenayah.
Mungkin saya banyak berdiam diri sebelum ini
tetapi sebenarnya saya berjuang dalam diam. Saya tidak perlu kongsi dengan
masyarakat kerana ia adalah privasi dan biarlah hanya saya yang tahu.
Selain itu, beliau juga tidak mengendahkan presepsi
masyarakat tentang isu berkenaan kerana tidak dapat memuaskan hati semua orang
lain.
Bak kata pepatah – tak mati dek keji, tak
hidup dek puji, jadi terpulang kepada orang hendak kata apa. Paling penting
keluarga ada di sisi dan perkara ini menguatkan lagi hubungan kami sekeluarga.
Pelbagai spekulasi yang timbul apabila foto tersebut
tersebar sehinggakan penyanyi Kaka Azraff yang
sebelum ini mempunyai konflik dengan Tasha didakwa sebagai dalang disebalik
fitnah berkenaan.
Seperti yang Tasha Shila cakap, lebih baik kita serahkan
sahaja perkara ini kepada pihak polis. Kami yakin satu hari kebenaran akan
terbongkar juga.
No comments:
Post a Comment