OLEH: JAAFAR MOHD
BADRUL (KL)
Khamis Oktober
20/2016
PETALING
JAYA:- Jika dakwaan
bahawa 400 ribu ahli-ahli UMNO di Sabah
dan 100 ribu ahli-ahli UMNO Selangor bakal keluar meninggalkan UMNO itu
benar maka UMNO akan berdepan dengan melapetaka yang buruk bukan saja pada
UMNO/BN tetapi kepada pemimpin parti itu juga.
Dalam
satu kenyataan seorang ahli MIC dari bahagian Puchong Muthu A/L Ramasamy menyatakan bahawa ramai
ahli-ahli UMNO keluar parti sama ada dari Sabah dan Selangor itu termasuk
ahli-ahli MIC Puchong dikatakan mereka marah dengan tindakan ganas kumpulan
Militant Geng Baju Merah di bawah pucuk pimpinan Jamal Mohd Yunos Ketua
bahagian UMNO Sungai Besar yang semakin hari semakin mengganas.
Disebabkan
ahli-ahli UMNO Sabah takut penyakit Geng Baju Merah itu merebak dan menular
kepada ahli-ahli UMNO di negeri itu maka mereka bertindak untuk meninggalkan
parti UMNO buat selama-lamanya dan mereka dikhabarkan seramai 400 ribu akan
menyertai parti baru yang diasaskan oleh mantan Naib Presiden UMNO yang juga
Ahli Parlimen Semporna Datuk Seri Shafie Hj Apdal Parti Warisan Sabah.
Sementara
100 ribu ahli UMNO Selangor yang akan keluar bersamai-ramai itu dikabarkan akan
menyertai parti baru yang diasaskan oleh Tan Seri Muhyiddin Yassin mantan
Timbalan Presiden UMNO selebihnya mereka menyertai PKR-DAP dan AMANAH.
Jika
benar dakwaan itu maka para pemimpin UMNO pusat dan negeri malam tidurpun tidak
lena sebab UMNO bakal kehilangan besar ahli-ahlinya gara-gara para penyokong
tegar UMNO marah atas tindakan Jamal Yunos geng baju merah yang mendapat
dokongan moral dari beberapa orang ahli majlis tertinggi UMNO Pusat sehingga Geng
Merah tidak takut dengan undang-undang Negara dan mereka berani menentang tugas-tugas PDRM.
Betul
juga kata Muthu kalau geng baju kuning buat kacau di sana sini laporkan saja
kepada Polis biarlah pihak polis yang
bertindak bukannya Geng Baju Merah yang bertindak hingga mencederakan seorang
anggota polis berpangkat Inspektor.
Sebenarnya
orang Sabah paling anti kegagasan seperti yang dilakukan oleh Geng Baju Merah
yang ditaja oleh UMNO.
Rakyat
Sabah walaupun ramai yang menyokong UMNO/BN tetapi ahli-ahli UMNO/BN cukup
sopan menjaga tatatertip takut dengan undang-undang jarang-jarang kita dengar
ahli-ahli UMNO Sabah buat kecoh di sana
sini tidak sama ahli-ahli UMNO yang juga ahli kumpulan Militant Geng Baju Merah
pimpinan Jamal Yunos yang 100 peratus
terlibat dalam kes jenayah jalanan membelasah orang dan membakar kenderaan awam
milik ahli-ahli PKR-DAP dan AMANAH.
No comments:
Post a Comment