SUDUT
PANDANGAN EDITOR –TSI
SHAIMON
S JUMADI
Isnin Oktober 17/2016

Dengan tertubuhnya parti baru yang
membariskan beberapa pemimpin yang terdiri daripada YB Darell Leing, YB Datuk
Jaujan Sambakong, YB Junz Wong akan
menguatkan dan mengukuhkan lagi perjuangan Parti Warisan Sabah yang akan
bekerjasama dengan parti-parti
pembangkang yang ada di Sabah ini untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional
(BN) dan UMNO.
Apapun parti-parti pembangkang yang sedia ada
ini seperti AMANAH-DAP DAN PKR (Pakatan Harapan) haruslah bekerjasama dengan parti baru yang diasaskan oleh Shafie
ini demi mengeratkan lagi kerjasama yang
kukuh dalam usaha sama menumbangkan UMNO/BN pada PRU14
nanti.

Biarlah satu lawan satu sebagai contoh kalau
parti Warisan Sabah meletakan calon di kawasan Parlimen Batu Sapi maka
lain-lain parti pembangkang tidak perlu meletakan calon dari partinya sebaliknya bekerjasama membantu kempen
berhabis-habisan untuk menemtang calon BN/UMNO.
Jika wuhudnya kerjasama seumpama ini maka hasrat
parti-parti pembangkang di Sabah tidak kira DAP-AMANAH-PKR dan lain-lain parti
pembangkang yang mempunyai niat yang sama untuk menumbangkan kerajaan BN/UMNO
di sabah maka tercapailah niat dan hasrat itu.
Akhirnya sekali dengan iringan doa
semoga perjalanan Parti Warisan Sabah mendapat sokongan padu yang tidak
berbelah bagi terhadap perjuangannya dengan satu nikat satu matlamat untuk
membantu rakyat Sabah. UBAH SABAH FOR SABAHAN.
No comments:
Post a Comment