(YB Mahfuz Omar kata itu landasan emas)
OLEH: ISMAILY BUNGSU
Selasa Oktober
25/2016
PROJEK di Malaya billion-billion
dan begitu mudah diluluskan sedang yang
di Sabah rasanya sampai kiamat tidak akan mendapat apa yang Malaya dapatkan.
Sabah memang kaya sumber dan kekayaan sumber itu dirampok
untuk memajukan Malaya dan kita sendiri hidup dalam keadaan tidak jauh beda
dengan zaman penjajah dulu.
Bajet 2017 ECRL *#MO1 Najib memperuntukkan RM55 Billion
untuk membina projek Rel baharu East Coast Railway Line (ECRL) sepanjang 600km
bermula dari Port Klang,ITT
Gombak,Bentong,Mentakab,Kuantan,Kemaman,Kerteh,Kuala Terengganu,Kota Bharu dan
berakhir di Tumpat Kelantan.
YB Dato Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Pokok Sena menghubungi
saya melalui telefon siang tadi dan menyatakan rasa peliknya dan bertanya
apakah benar Kabinet Najib telah berfikir dan berbincang secara mendalam kos
pembinaan projek sebelum dimasukkan dalam Bajet tahun 2017?
Katanya lagi pada 26 Julai 2016, Menteri Kerja Raya Datuk
Seri Fadillah Yusof menafikan laporan Sarawak Report yang mengatakan Putrajaya
mahu meningkat sekali ganda kos pembinaan Projek ECRL dari RM30 bilion kepada
RM60 bilion tetapi menteri menjelaskan yang kabinet belum membincangkan hal
berkenaan.
Laman web itu mendakwa projek ECRL akan dianugerahkan
kepada China Communications Construction Company tetapi bernilai RM30 billion
lebih tinggi daripada anggaran kos awal
Soalnya sekarang adakah RM91,666,666,666 juta itu untuk
membina landasan emas?
Julai 2016 kabinet dikatakan belum bincang, mengapa
tiba-tiba bulan Oktober 2016 boleh dimasukkan dalam Bajet 2017 dengan harga
RM55 bilion hampir menyamai apa yang didakwa oleh Sarawak Report berjumlah RM60
bilion?
Mahfuz menjelaskan bahawa kebiasaannya jika tidak salah,
bulan Jun adalah merupakan "dateline " untuk permohonan bagi
dimasukkan dalam bajet.
Persoalan pokok yang timbul ialah kos pembinaan ECRL oleh
#MO1 adalah RM55 bilion untuk 600 km bersamaan 1km RM 91,666,666.666 juta,
sedangkan landasan berkembar dari Gemas ke Johor Bahru RM7.13 bilion
membabitkan RM197 juta bersamaan RM36.19 juta untuk 1km.
Jelas projek itu semacam ada penipuan yang barangkali
mahu menutup hutang 1MDB yang jumlah berbilion-bilion.
Apakah ini landasan keretapi termahal di dunia? dan
adakah kerajaan nak bina landasan yang dibuat dari emas dan jika demikian
keadaannya maka Malaysia bawah pimpinan Najib memang hebat dan perkasa kesan
membina landasan emas.
Mahfuz mahukan dibentuk satu Jawatankuasa Khas di bawah
Parlimen untuk meneliti kemunasabahan kos projek ini bagi memastikan tiada
ketirisan dan kebocoran yang akan berlaku dalam menguruskan perbelanjaan wang
rakyat.
Jawatankuasa Khas ini juga boleh bertindak untuk
memastikan wang rakyat yang digunakan untuk setiap projek awam benar-benar
telus dan bebas dari unsur-unsur rasuah,penyelewengan, pemborosan dan
pembaziran katanya Mahfuz lagi.
Pembangunan di Malaya memang begitu hebat dan di Sabah
rasanya kembali ke zaman batu dan kerana itu rakyat Sabah diperingatkan untuk
jauh ketinggalan dinasihati mengundi BN di PRU14 bakal datang.
Warisan harus kita pertahankan dan selagi warisan
dibelakangkan maka jawabnya anak cucu cicit kita bakal merempat di bumi
sendiri.
No comments:
Post a Comment