OLEH: NURLIYANA
ABDULLAH
Saturday October
29/2016
SEPANJANG BN memerintah bawah kepimpinan seorang Najib, Sabah
terutamanya dalam keadaan terkapai-kapai. Hidup orang kampung bukan membaik tetapi memburuk.
Pengampu-pengampu BN yang kenyang memboroikan perutnya terus
mendendangkan konon BN terbaik dan Musa menyatakan Sabah 90% membangun.
Apa yang membangun di Sabah ini? Sabah kaya sumber
minyak/Gas, Sawit, Koko malah getah dan sumber pelancong, cukai kastam begitu
banyak dan hasil2 balak kalau dihimpun untuk rakyat itu jelas Sabahan tidaklah
kaya sangat macam Brunei, tetapi cukup mewah dan tidaklah seperti sekarang ini.
Memang kita melihat ada kereta di jalan raya, ada
bangunan dan itu biasa tetapi semuanya milik siapa?
Ladang-ladang sawit sepanjang Ranau, Telupid, Sandakan,
Lahad Datu, Tawau, Kinabatangan, Sipitang seterusnya ke Beaufort dan Membakut
rata-rata milik syarikat luar dan hanya sedikit milik orang Sabah.
Tanah-tanah tempat
orang kampung bertanam buah-buahan dan berumah sejak bertahun-tahun dikendalikan oleh dato nenek mereka tiba-tiba
menjadi hak orang lain yang tidak mereka kenal dan jelas orang asal dihalau
menjadi pelarian di tanah air sendiri.
Apakah Sabahan buta dan pemimpin barisan nasional
pura-pura tidak tahu hal ini dan kenapa rakyat terus juga menyokong BN, apakah
rakyat menunggu mereka kena halau seperti sampah dan menjadi pelarian di bumi
sendiri nanti?
Kebanyakannya para pemimpin BN terutama yang duduki
kabinet persekutuan adalah kalangan perampok yang berwajah malaikat dan bila
muncul di TV selalu mereka katakan berjuang demi negara bangsa dan agama.
Cakapnya bukan main hebat macam malaikat. Kata-kata itu sebenarnya menjadi
candu yang menyebabkan rakyat tersihir dan buta hati dan buta mata.
Apa lagi yang harus diperkatakan kalau rakyat sudah
tersihir dan kala kita menulis apa yang benar, maka begitu hebat mereka katakan
yang kita ini pengkhianat. Siapa sebenarnya pengkhianat?
Di TV selalu mereka katakan yang pembangkang perosak
ekonomi seolah mereka itu malaikat yang tidak bersalah sedang punca sebenarnya
merekalah yang menjadi perosak negara bangsa dan buktinya hingga sekarang dana
iMDB mengalir ke akaun dua anak raja dan itu bukan sedikit tetapi RM16 bilion.
Kenapa tidak ada tindakan diambil? Itu duit rakyat dan bukan duit Najib atau
anak raja.
Jelas, memang ramai kalangan kita kena sihir keris taming
sari yang tidak lagi boleh perjuangkan negara bangsa sebalik hanya melingkupkan
negara bangsa dan agama kita sebenarnya.
Di Semananjung kita selalu melihat di TV konon tiada air
tetapi di Sabah bukan tidak ada air, malah tidak ada PAIP AIR sejak dunia ini
muncul dan contohnya di kampung saya yang namanya SUNGAI API TENOM. Merdeka apa
namanya ini duhai pemimpin Barisan Nasional yang gagah perkasa?
DI prn14 ini yang dikatakan orang sekitar Mac-Ogos dan
selepas Raya menjadi pilihan Musa Aman, maka kalau rakyat Sabah tidak menolak
BN dan membantu memenangkan PH di peringkat Nasional untuk mendapatkan lebih
112 kerusi MP maka jawabnya tidak akan ada perubahan dan saya yakin GST akan dinaikkan
hingga ke 10% kesan hutang yang terhimpun dan itu saja cara/jalan terakhir
Najib selamatkan negara bangsa dan selamatkan orang-orang mereka terus
melaksanakan projek mega kayakan diri mereka dan rakyat bakal merempat dan
susah.
Ingatlah di PRU14 harus undi WARISAN dan parti-parti lain asal jangan sekali mengundi BN yang
merosakkan ekonomi negara bangsa kita.
UBAHSABAH
No comments:
Post a Comment