OLEH:
SORAYA KIGIS
Selasa
Oktober 04/2016
1.USNO♧BERJAYA♢PBS♤UMNO telah
berjaya menubuhkan kerajaan Sabah diantaranya majoriti dipimpin oleh bumiputra
Islam kecuali PBS yang masih aktif dipimpin oleh TS.Pairin.
2.Kekalahan USNO ditangan
BERJAYA atas kerjasama KDM, bumiputra Islam dan Cina dibawah satu bumbung
politik Parti Rakyat Jelata Sabah.
3.Kegagalan BERJAYA diatasi oleh PBS
berpunca dari isu Tambunan dan Labuan dijadikan wilayah persekutuan, layanan
buruk tidak adil terhadap TS.Pairin.
4.Akhirnya PBS tumbang atas
faktor terlalu agresif didorong oleh dua wakil rakyatnya cross over ke UMNO.
5.Kalau dilihat secara
keseluruhannya kekuatan UMNO Sabah hanya bergantung kepada sokongan KDM melalui
PBS,UPKO dan PBRS.
6.Kedudukan UMNO Sabah semakin
lemah jika dilihat mood KDM, mereka cenderung memilih pembangkang sejak PRU 13
dan Cina Sabah hampir menolak BN dan dikuasai oleh DAP.
7.Kemunculan gerakan
pembangkang dimana penyokong PKR dan DAP bergabung dengan parti tempatan adalah
satu petanda yang positif dan ancaman kepada UMNO pimpinan Musa.
8.Kemunculan DSSA dengan parti
bumiputra Islam Sabah adalah menggugat kedudukan Musa kerana orang Islam di
Sabah boleh membuat pilihan di antara mereka.
9.Kemunculan kerajaan ala PBS
tidak akan berlaku tetapi akan ujud kerajaan stail BERJAYA yang dikongsi oleh
rakyat jelata Sabah dan berperanan sama rata yang tidak dibatasi agama dan
kesukuan.
10.Berpandukan kedududukan
semasa semangat S4S telah memperkukuhkan sokongan rakyat Sabah terutama KDM dan
Cina kepada pembangkang.
11.Jika DSSA berjaya menawan
hanya separuh kursi bumiputra Islam Sabah dalam PRU14 akan mengubah senario
politik Sabah.
12.Kerjasama Bumiputra
Islam,KDM dan Cina Sabah yang ditunjukan setakat ini mengingatkan kita gerakan
BERJAYA tumbangkan kerajaan USNO.
13.Politik Sabah bagaikan
perlawanan bola sepak dengan pemainnya yang sama makanya corak permainan mereka
mudah diramal dan diteka😂😜.
No comments:
Post a Comment