OLEH:
ISMAILY BUNGSU
Selasa Okt 04/2016
MEMANG ramai
yang persoalkan kenapa saja DS Shafie Apdal utamakan hal 1MDB dan alasan mereka
itu tidak ada kaitan dengan masalah orang kampung.
" Cuba haji fikirkan bahawa 1MDB
itu dana berbilion dan itu dana rakyat dipinjam dan dijamin oleh kerajaan
melalui Kementerian kewangan dan sekarang kita tak tahu ke mana perginya dana
itu sedang faedah 1MDB membengkak" Katanya serius dan saya terdiam.
Memang benar berhutang itu
tidak salah seperti yang dikatakan orang, tetapi kalau berhutang itu untuk
sendiri bermewah-mewah diguna untuk peribadi beli kondo, bikin filem, bayar
hutang judi dan segala macam memang satu kesalahan yang tidak boleh dimaafkan.
" Itulah yang salahnya
sebab salahguna kuasa dana rakyat jadi mangsa" katanya DS Shafie Apdal
lagi ketika kami bercakap empat mata dan saya terus mendengar dan mendengar.
DS Shafie Apdal yang saya
tatap wajahnya agar serius dan sedih sangat sebab dia tahu negara berada dalam
keadaan susah meski di TV dan media nasional selalu diperkatakan ekonomi negara
ditahap baik dan memberangsangkan.
" kalau memang
memberangsangkan, kenapa saja biasiswa prauniversiti ditangguhkan dan kenapa
peruntukan jabatan-jabatan kerajaan
termasuk swasta dan universiti kurang sekitar 30%? " tambahnya dan itu
memang benar.
Ketika negara diwujudkan
soal pendidikan merupakan agenda pertama dan islam sendiri memerintah kita jadi
bijak melalui ayat pertama yang diturunkan oleh Allah iaitu IQRA.
" Sepatut anak-anak
mendapat kemudahan dari kerajaan bila dikaitkan hal pendidikan sebab itu ada
dalam perlembagaan tetapi yang kita tahu sekarang, ibu bapa ada yang tidak
mampu lagi menghantar anak-anak mereka ke sekolah/universiti kesan kos mahal sangat
malah untuk biayai makan juga susah" Jelasnya dan suaranya itu jelas
kedengaran amat sedih dan kesal sekali.
Bila negara berhutang dan
hutang itu dibelanjakan dengan tidak menentu dan tidak wajar, malah dana 1MDB
hingga sekarang lenyap begitu saja dan 1MDB bukan satu perniagaan maka akhirnya
kerajaan kena bertanggungjawab terhadap hutang itu.
" Najib telah
menyatakan GST sebagai penyelamat negara dari muflis dan inilah kesan tidak
mampu membayar hutang
No comments:
Post a Comment