SABAH SUDAH ADA BAHANG TSUNAMI POLITIK PRU14 ,,, The Sabah Insider Online


OLEH: SORAYA EGG
Sunday October 16/2016

1SUDAH dua musim pilihanraya 12&13 berlalu,politik negara sudah menerima perubahan bergerak ke hadapan terutama di kawasan Bandar dan pinggir bandar negeri Selangor dan Pulau Pinang telah ditakluki pembangkang, perubahan ini amat ketara sehinggakan Barisan Nasional kehilangan undi populariti hanya 48% dicapai berbanding pembangkang.

2.Tsunami politik bergerak ke Malaysia timur di sana sini kedengaran laungan rakyatnya menuntut hak mereka dan pembahagian pendapatan negara yang lebih adil dan saksama.

3.Sewaktu rakyat Malaysia Barat menolak kerajaan Barisan Nasional, tapi Sabah dan Sarawak semakin erat sokongan mereka, sehinggakan mendapat jolokan sebagai fixed deposit Barisan Nasional tetapi keadaan telah berubah di mana Barisan Nasional Sabah tidak boleh lagi jadi sandaran setelah pemimpinnya gagal membaca denyut nadi rakyat Sabah, malahan isu isu korupsi semakin mengganas,keperluan asas tidak dapat dipenuhi namun UMNO telah diberi peluang seluas luasnya sebagai peneraju kerajaan Sabah.

4.Selama 53 tahun dalam gagasan Malaysia MA63 tidak pernah tertunai dengan sempurna apa lagi janji bulan dan bintang setiap kali pilihanraya menjelang ditunaikan.
Siapa masih teringat janji Barisan Nasional membuat perubahan dalam 100 hari menjadi SABAH BARU semasa pilihanraya 1994 jika ditakdirkan memerintah Sabah.

Apakah perubahan dijanjikan oleh BN terlaksana? Malangnya semua tuntutan Sabah dipandang sepi dan tidak diberi layanan saksama, Sabah dan Sarawak kekal negeri yang tersorot di Malaysia dari semua dimensi kehidupan dan kemajuan pembangunan fizikal.

5.Justeru itu, perjuangan rakyat Sabah berterusan cuba menjauhkan kekangan Malaysia Barat dalam plihanraya ke-13 kesedaran dan riak tsunami politik sudah bermula.

6.Syabas kepada masyarakat di kawasan ini kamu jugalah "Paling Manang" sebagai role model rakyat perihatin dan sedar atas tanggungjawab terhadap negeri ini.
N.04: Matunggong
N.07: Kadamaian
N.09: Tamparuli
N.13: Inanam
N.15: Api-Api
N.20: Moyog
N.25: Klias
N.14: Likas
N.16: Luyang
N.19: Kepayan
N.57: Sri Tanjong
N.33: Bingkor

7.Atas kesedaran pemimpin Sabah didorong oleh rakyat jelata untuk bersatu dibawah satu konsep Sabah for Sabahan mendorong parti lokal menjalin kerjasama yang dianggotai bumiputra Islam,KDMR dan Cina Sabah.

8.Kerjasama ini akan membawa harapan baru kepada rakyat Sabah dan Barisan Nasional akan menghadapi laluan yang sukar bangkit semula sebagai kerajaan diminati ramai.


No comments:

Post a Comment