MANA SUDAH SEMANGAT PAKATAN HARAPAN KENAPA DAP JADI TAMAK ?

Wednesday April 27/2016

DAP TAMAK?
( terkait PRU-14 akan datang di Sabah)

OLEH: NURLIYANA ABDULLAH
www:sabahinsider14.blogspot.com



BIASA DAP ini bijak, awalnya mereka tidak mahu ke luar bandar dan tumpuan mereka hanya bandar.

Bertanding di bandar sebenar tidak perlu banyak modal sebab di bandar mudah sangat, apa lagi bandar majoritinya Cina yang cukup faham tidak perlu tangki biri, Br1M dan suapan.

Jadi, DAP yang terkenal dengan panggilan parti Cina lebih kurang dengan UMNO parti Melayu, MIC parti india adalah parti perkauman.

Parti PKR yang disertai Cina, KDM dan Melayu terus berusaha bertahun-tahun memujuk dan kempen pelbagai bukan saja di bandar malah di ulu-ulu dan luar bandar.

Bila keadaan luar bandar mula berubah, maka DAP melebarkan sayap dan usaha meraih untung dari kerja-kerja yang dilakukan oleh PKR dan DAP yang konon mendapat sokongan bukan kalangan Cina mula naik taringnya.

Kesan naik taringnya dan bulu mula tumbuh, maka itulah yang terjadi di Sarawak dan sekitar 6 kerusi DUN bertindih dan kerusi-kerusi  itu sebenarnya milik PKR dan pernah ditandingi oleh PKR di PRU 2011 lalu.

Kenapa pula DAP beriya-iya sangat mahukan kerusi yang memang dijaga oleh PKR sejak sekian lama?
Kerusi-kerusi  yang dimaksudkan ialah MULU yang dulu dinamakan Belaga, MURUM dulu dinamakan Telan Usang, Ngemeh, Mambong dulu dinamakan Begoh termasuk Simanggang.

Kerusi2 berkenaan memang PKR ada harapan menang kesan dulunya kekalahan PKR hanya sedikit dan itu saya katakan DAP ini mahunya senang dan usaha merebut kerusi di lokasi yang ia mudah menang dan kerusi yang sudah lama dipelihara oleh PKR.

Perjanjian awal pihak atasan PAKATAN memang PRU di Sarawak harus dilawan " satu sama satu" tetapi kesan tamak dan mahu mudah, maka begitulah yang terjadi di Sarawak. Bagaimana Sabah nanti?

Pernah terjadi DAP dan PKR bertanding di kawasan DUN Kota Kinabalu dan kesannya BN menang kesan pecah undi dan di PRU-13 lalu jelas terjadi perpecahan undi di Parlimen Kota Marudu dan Keningau antara PKR dan STAR yang menyebabkan BN menang tipis, padahal jika ada penyatuan PKR dan STAR jelas BN tersungkur.

PRU-14 akan datang apa yang kita ramal? Jelas hal-hal di Sarawak akan mengheret sama politik Sabah dan ini lebih parah bila 13 parti baru diluluskan tubuh yang menjadikan semuanya 23 parti di Sabah dan keadaan Sabah kaya parti politik akan lebih parah dan binasa kesan "pecah dan perintah" dan undi di Sabah pecah seribu.

Inilah kesan TAMAK dan mahu jadi YB, maka rakyat akan terus menderita dan terseksa dan putus asa akan terus dilanda miskin papa kedana kesan perbuat pemimpin yang tidak mahu bersatu dan sudahnya BN ketawa terbahak-bahak kesan kebodohan sendiri.

Pepatah ada mengatakan kalau orang seraka atau tamak selalunya rugi  ini kalinya DAP rugi PKRpun rugi sama-sama rugi yang untung BN sebab undi pecah penyokong parti pembangkang jadi keliru yang mana satu calun harus di pangka DAP  atau  PKR kedua-keduanya parti pembangkang yang mempunyai misi dan sasaran yang sama hala tuju yang sama mahu menghancurkan BN.

Kalau salah satu parti pembangkang antara DAP-PKR tiada yang mahu mengalah bertolak ansur akhirnya BN juga hang meraihkan kemenangan pada PRN 11 ini.


No comments:

Post a Comment