POLITIK MALAYSIA : BERKORBAN TERKORBAN (SEPERTI PENANGKAPAN RAFIZI RAMLI) demi masa depan kesan akta terjahit mulut rakyat)


Saturday April 09/2016
OLEH: NURLIYANA ABDULLAH
www.sabahinsider14.blogspot.com


SEJARAH telah menjelaskan di mana-mana jugapun perjuangan untuk menuntut kebenaran itu perlu ada yang dikorbankan, terkorban dan tentu saja siap menderita.
Memang apa saja yang kita perjuangkan akan banyak sangat cabaran masalah di depan laluan perjuangan itu sendiri dan rasanya negara kita sendiri tidak terlepas.
Sekarang kita memang berhadapan dengan kepimpinan yang lupa diri dan lupa segalanya, kesan kuasa mereka jadi rakus, haloba dan siap melakukan apa saja untuk puaskan nafsu serakah mereka. Mereka tidak boleh diharapkan lagi menjadi pemimpin dan harus ditumbangkan.
Mereka sudah jauh tersesat dan untuk kembali ke pangkal jalan rasanya susah sangat dan jika kembalipun TONG TAHI ada di mana-mana dan kesannya kita sedar negara dalam bahaya.
Terlalu banyak sangat akta dicipta untuk mengelak dokumen-dokumehn yang dianggap boleh memenjarakan yang melakukan khianat dan akta OSA sudah jelas tidak sesiapa dibenar menyebar dokumen yang ditakrifkan rahsia.
Memang banyak sangat olah dan perbuatan kepimpinan negara yang bobrok dan untuk disebarkan meski benar terlalu sukar dan memerlukan keberanian. Siapa saja yang berani dan siap masuk ke mulut buaya/penjara untuk beberapa tahun lamanya terpaksa meninggalkan anak bini dan inilah namanya pengorbanan.
Rafizi seorang yang cukup berani dan ia tahu bahawa dirinya akan diheret ke penjara kesan pendedahan demi pendedahan dan kesannya pemimpin merasa rimas dan ketakutan kesan perbuatan mereka yang memang salah.
Untuk menyekat mulutnya bersuara dan tingkahnya menyusahkan pemerintah/Menteri dan yang berkenaan maka ia ditangkap bawah akta itu dan kalau dibicarakan jelas ia pasti bersalah dan menjadi penghuni penjara bersama banduan lain.
Itulah sebenarnya pengorbanan dan perlu berkorban demi masa depan negara bangsa dan kerana itu kita merasa bangga dan berterima kasih kepadanya kerana siap menjadi korban demi Malaysia terlepas dari kepimpinan yang rakus, tamak haloba dan merampok khazanah negara bangsa.
Tahniah Rafizi dan usahanya akan dikenang kekal abadi meski bermacam fitnah dilakukan oleh kalangan mereka yang tidak senang hati.
Allah bersama kita semua dan yang benar tetap akan dibantu Allah dan yang mungkar siap menerima hukuman alias bala.


No comments:

Post a Comment