Sunday
May 01/2016
OLEH: WAN FARIDAH WAN
OTHMAN
www.sabahinsider14.blogspot.com
MANGSA PAGUT ULAR....Meninggal dunia
PETALNG JAYA:- Dua tiga hari yang lalu kita
telah mendengar berita yang tersiar di kaca-kaca TV1 dan TV3 tentang
kanak-kanak di sekolah rendah di pagut
(patuk) ular kekita mereka bermain-main di
taman atau padang yang berhampiran sekolah berkenaan.
Sebenarnya ular sama ada
ular berbisa atau sebaliknya mereka suka tempat yang lapang bersih terutama
sekali suka menyorok di cela-cela pokok-pokok bunga yang daunnya rinbun.
Sementara ular sawah pula
suka bersembunyi di dalam lumpur separuh badannya ditanam di lumpur hanya
tinggal kepalanya keluar sedikit untuk
menangkap mangsanya.
Kedua ular sawah suka masuk
di enjin-enjin kenderaan suka melingkar diatas pokok kayu sementara kepalanya menjunam kebawah
untuk memancing mangsa.
Ular tedung ular hitam ular
sendok mereka suka berada diatas dapur kayu ular –ular itu sebenarnya tidak memagut kalau
tidak terpijak atau kita ganggu semasa dia tidur atau berjalan.
Biasanya kalau orang kena
pagut ular terus hisab di mana tempat yang kena patut itu untuk mengeluarkan
darahnya agar bisa ular tadi tidak naik keparas
untuk menembusi ulu hati kalau sampai keulu hati memang sukar untuk di
selamatkan kerana bisanya sudah menyelubungi hempedu hati.
Memang sudah menjadi
kelaziman manusia mahu cari tempat bersih untuk kanak-kanak bermain tetapi ada
risikonyanya juga kerana ular-ular memang suka kawasan sekeliling bersih.
Kesudahannya awasi anak-anak
kita sama ada di sekolah atau di rumah
supaya jangan membiarkan anak-anak bermain bersendirian kerana di khuatiri di
pagut ular walaupun tempat itu bersih di persekitarannya.
No comments:
Post a Comment