TINDAKAN TAK IKUT UNDANG-UNDANG SELALU POTONG GAJI PEKERJA DAPAT CUTI DOKTOR


( nota wakili 500 pekerja/majikan kena tahu undang-undang)
Thursday April 21/2016

OLEH: ISMAILY BUNGSU
www.sabahinsider14.blogspot.com


SAYA menerima rungutan beberapa orang pekerja dan minta saya saya nasihati.
Ramai kalangan pekerja satu syarikat yang kira-kira 500 orang selalu diambil tindakan potong gaji bila mendapat surat cuti doktor/medical leave atau "taking MC before and after" dan jelas tidakan itu TIDAK BETUL DAN SALAH dari segi undang-undang.
Sudah saya jelaskan mereka harus merujuk undang-undang jabatan buruh/SABAH LABOUR LAW ORDINANCE fasal 104E.
Saya telah merujuk peraturan-peraturan organisasi berkenaan yang menyebut cuti sakit dan tindakan yang berkenaan tidak hadir kerja kesan surat sakit/MC itu adalah BETUL dan mengikut undang-undang.
Sesudah kakitangan ikut undang-undang dan tidak melanggar undang-undang, lalu kenapa ada surat TUNJUK SEBAB dan bukankah itu salah seolah bangang/buta undang-undang dan kerana itu saya minta pengurusan yang memutuskan perkara itu agar belajar lagi dan jangan sesukahati menganiaya atau menjadi LINTAH DARAT.
Kalau perkara ini berterusan, maka saya tidak ada cara lain untuk mempertahan mereka dan mengheret pihak berkenaan ke mahkamah demi keadilan.
Nota ini hanya sebagai amaran dan peringatan untuk tidak terus menganiaya mereka yang tidak berdosa


No comments:

Post a Comment