Thursday April
21/2016
OLEH: WAJIYAH ABDUL KADIR
www.sabahinsider14.blogspot.com
SUDAH jadi
adat resam dan budaya politik bila demam
pilihanraya semua pemimpin tidak kira
parti mana sama ada parti penyokong kerajaan mahupun parti penyokong pembangkang sibuk setiap hari berkempen dari
rumah kerumah sambil membawa poster calun-calun yang akan bertandingan.
Sementara parti penyokong
kerajaan khususnya calun Barisan Nasional (BN) parti yang banyak wang ringgit
mereka terus menghambur duit sambil memberi bantuan zink-beras 10kg wang
RM200.00 tangki biru sebagai memancing undi.
Manakala calun-calun
pembangkang seperti DAP-AMANAH dan PKR datang hanya menggunakan air liur saja
untuk berkempen kalau ada bentuk bantuanpun yang disalurkan dari rumah kerumah
hanya setakat yang mampu sahaja apapun terpulanglah kebijaksanaan para pengundi
untuk mengudi calun-calun pembangkang kerana mereka juga telah menabur pelbagai
janji seperti calun-calun BN.
Segala-galanya terpulanglah
kepada rakyat yang mana satu parti yang boleh membawa kemajuan di kampung dan
juga kemajuan rakyatnya.
Kalau dilihat para pemimpin
pro kerajaan yang datang dari
Semenanjung mereka berkempen terlalu banyak menabur janji itu janji ini untuk
menawan dan menambat hati pengundi.
Bagi pengundi bangsa Cina
mereka tidak mudah termakan janji-janji manis calun-calun BN kalau ada
peruntukan di agih-agihkan mereka ambil tetapi undi belum tentu undi BN ini
strateji orang Cina cukup bijak dan pintar.
Bagi orang-orang bumiputera
tidak kira bangsa Iban-Dayak-Penan Bidayu-Melanau-Kadazan-Dusun dan Murut mereka
ini tergolong mudah terpengaruh dengan janji-janji manis para pemimpin UMNO-BN
mudah terpedaya mudah di kotak katikan mudah diperbodoh-bodohkan oleh para
pemimpin UMNO-BN.
Pertama bangsa-bangsa
seperti yang saya sebutkan itu pada awal-awalnya semangat mereka berkobar-kobar
mahu penyokong calum-calun pembangkang kononnya mahu perubahan dalam negeri
kampung akan tetapi setelah calun-calun BN-UMNO masuk kampung keluar
kampung berkempen sambil membawa tangki
biru-beras 10 kg duit Rm200.00 zink 8 keping setiap pengundi jadinya mereka
bertukar fikiran tidak mahu menyokong calun-calun pembangkang dakwa mereka
kononnya parti pembangkang hanya guna air liur saja tiada membawa apa-apa
seperti calun-calun BN/UMNO.
Akhirnya bila sudah menang calun-calun parti pro kerajaan terbentuklah
semula kerajaan barisan nasional (BN)
calun-calun yang menang tadi telah lupa segala janji-janjinya kepada
orang-orang kampung.
Orang-orang kampung tetah
terpedaya baru menyesal seribu sesalan yang ditanggung apa lah gunanya nasi
sudah jadi bubur terpaksa menunggu lima tahun lagi RM200. Sudah habis untuk
beli arak (mantaku) ,
Kalau semua bangsa-bangsa
yang saya sebutkan itu sudah sedar akan
kesilapan yang lalu syukurlah semoga mereka pandailah memikirkan masa depan
anak bangsa dan negeri mereka jangan jadi kuda tunggangan orang Malaya.
No comments:
Post a Comment