POLITIK APA INI RAKYAT TERUS DIBELENGGU KEMISKINAN TEGAR DAN PENDERITAAN


Wednesday April 27/2016


OLEH: ISMAILU BUNGSU
www:sabahinsider14.blogspot.com

RAKYAT dalam keadaan susah derita perit. TV media terus kaburi mata rakyat siang malam didendangkan pemimpin seperti malaikat dan ramai tersihir.

Sekarang bukan masa parti-parti  pentingkan diri dan rakyat harus didahulukan. Bukan retorik tetapi kenyataan.

Masih ketara ramai sertai parti mahu minta dipilih jadi calon dan parti pula pentingkan parti termasuk diri sedang rakyat perlukan
pembelaan dan melepaskan diri dari derita olahan kepimpinan masa kini.

Apa yang terjadi di PRU13 " belum bertumbuk sudah lari" jelas kelihatan di Sarawak dan maruah tergadai terus dihambur oleh pemerintah.


Memang sesuatu yang memalukan bila sekitar 8 kerusi DUN bersaing sesama sendiri dan ini jelas BN awal-awal  meraih menang moral sedang pembangkang tergadai maruah sendiri kesan tamak, rakus haloba dan tidak melihat kepentingan rakyat yang hauskan kepimpinan telus dan jujur.
Kelihatannya angin-angin  sama bakal ada di PR14 di Sabah kesan titik perpecahan sudah ada di PRU13 lalu.

Sabah lagi BALA sebab kesan tambahan 13 parti baru didaftar dan 10 parti yang sedia ada. Semuanya 23 parti dan rasanya Sabah lagi menggila banding Sarawak.

Inilah yang saya khuatirkan dan belum lagi dikira mereka yang dalam parti bakal tidak dipilih jadi calon akan nyeberang ke parti lain yang banyak dana dan ringgit berjuta bisa beli sesiapa kalau iman bisa goyah.

Demi Sabahan, mereka yang ada dalam parti haruslah siap sedia untuk telus jujur dan berjuang demi rakyat dan bukan kemaruk jadi YB dicium tangan, dipuji sanjung.

Sabahan penerima anugerah TERMISKIN dan PENDIDIKAN ASAS TERSOROT serta Sabah paling ramai/TOP mohon bantuan miskin tegar ikut laporan Bank Dunia, Laporan Pendidikan dan E Kasih/Jabatan Kebajikan. Ini nyatanya bukan auta.
Fikirkanlah!


Para pemimpin kerajaan BN sentiasa melaung-laungkan negeri Sabah adalah negeri yang termaju dalam  mengecepi perdana pembangunan asas ini semuanya auta (omong-omong kosong) sahaja untuk menyedapkan  hati penduduk-penduduk di Sabah akan tetapinya realitinya keadaan kehidupan rakyat di kawasan luar bandar amat  menyedihkan sekali kerana dibelenggu paras kemiskinan tegar.

No comments:

Post a Comment