BOLEH KAHWIN DUA-TIGA KAH DAN MUDA KALAU MAMPU ZAHIR DAN BATIN


Friday April 08/2016

NUKILAN: ISMAILY BUNGSU
www.sabahinsider14.blogspot.com


KAHWIN itu baik dan yang mampu MESTI kalau tidak/kalau tak silap berdosa. Betulkan saya kalau saya silap.

Kahwin itu boleh satu, dua tiga atau empat tetapi jika satu sudah cukup, maka satulah sajalah elak bermasalah berat beban di pundak. Tidak ada larangan dan tiada siapa boleh marah kerana itu sebahagian sunah Nabi.

Sekarang ini bukan itu isunya sebalik isu yang mahu kahwin itu.

Nah, barangkali baik juga kita bicarakan di sini setelah kita asyik bicara politik yang kekadang kesan beda politik kita bermasam muka dan marah-marah. Stress jadinya.

Ramai kalangan yang di sekitar kita asal jatuh cinta dan orang tua kaya atau masih mampu terus saja mahu kahwin tanpa fikir apa-apa.

Seperti yang saya katakan kahwin itu tak susah. Mudah saja. Baca akad nikah dan disetujui kesan ada saksi maka sahlah dan memang tidak susah.

Yang susahnya ialah sesudah kawin itu. Setahun, dua tahun, tiga tahun anak kian ramai. Kalau 5 orang anak, apakah akan terus tinggal bersama mentua yang punya anak ramai?

Mungkin sebulan, setahun tidaklah masalah tetapi bila sekian lama dan anak kian ramai maka itulah masalahnya. Makanya sebelum kahwin mesti ada perancangan.

Sekurang-kurangnya yang kahwin itu ada pekerjaan tetap dan kalau isteri berkerja rasa lebih baik tambah pendapatan suami.

Misalnya sekarang gaji sekitar RM1000 dan mahu menanggung anak orang. Sewa kamar di kota sekurang-kurangnya RM400( satu kamar)/sebuah rumah sekitar RM1,200 dan belanja makan berdua sekurang RM500, belum masuk pakai tambang dan segala macam. Bukankah susah jadinya?
Memang susah.
Ada yang mengatakan jika kahwin Allah kasih rezeki dan itu memang benar tetapi bagaimana kalau yang malas apakah rezeki itu akan datang sendiri? Allah tidak akan kasih rezeki kalau malas dan asyik nongkrong di rumah melulu.

Katanya lagi ULAT DALAM BATU juga bisa hidup dan memang benar tetapi hidupnya bagaimana yang sekadar menunggu rezeki dari Tuhan.

Makanya selalu saya katakan sebelum kahwin kena fikir banyak hal seperti sekurang-kurangnya ada rumah sendiri, ada kereta untuk mudah ke sana sini.

Akhirnya ada lelaki yang bijak dilamarnya wanita yang gaji beribu dan sang lelaki hanya di rumah pandu kereta milik bini dan kekadang digunakan kereta bini untuk juli dan menipu wanita lain. Memang adapun. terkena? terserahlah!

Kesihan dan inilah keadaannya hidup kalangan kawan-kawan kita di kota dan kalau memang dapat bini yang bergaji mahal dan suami duduk rumah maka itu bernasib baiklah.


No comments:

Post a Comment