Thursday April 28/2016
OLEH: SHAIMON S JUMADI
FOTO: AFIED FAJAR
TELUPID:- Kerosakan Jalan Raya yang
terletak di kawasan Telupid penghubung Jalan Beluran semakin teruk dan bakal
mengundang kecelakaan kepada pemandu
khususnya pemandu yang kurang berhati-hati.
Jalan yang menyerupai parit
ini sepatutnya diselenggarakan bukan dibiarkan begitu saja barang kali menunggu
ada pemandu kenderaan yang mati terlibat dalam nahas jalan raya baru pihak
Jabatan Kerja Raya memperbaiki jalan tersebut.
Kita faham sekarang semua projek penyenggelaraan jalan kini telah
beri kontrak kepada 3 buah syarikat konsisi kerajaan jalan-jalan di kawasan
luar Bandar akan diambil alih oleh Kekal Mewah Jalan di kawasan taman-taman
perumahan akan dipertanggungjawabkan
oleh Globalneco dan jalan-jalan utama
termasuk jalan-jalan kawasan pusat-pusat Bandar akan diambil alih oleh
Gemalight.
Walaupun sekarang
penyenggelaraan jalan-jalan tersebut tidak lagi bawah selia Jabatan Kerja Raya (JKR) tetapi
pemantauan terhadap semua lerosakan
jalan raya perlu dilakukan oleh pihak JKR untuk memastikan tahap jalan raya
semuanya dalam keadaan baik.
Dalam tempoh empat bulan
sudah beberapa kali kemalangan jaya raya belaku sama ada di Jalan Telupid Kota Kinabalu
juga jalan Sandakan-Tawau mengakibat banyak jiwa/nyawa melayang ini disebabkan
gara-gara keadaan kerosakan jalan yang dibarkan begitu saja tanpa dibaiki.
No comments:
Post a Comment