Sundau May 01/2016
OLEH: SHAIMON S JUMADI
www:sabahinsider14.blogspot.com
SANDAKAN:- SAYA amat tertarik kenyataan
Datuk Dr Mashita Ibrahim yang menyatakan
kaum wanita yang terdiri daripada ibu tunggal dibolehkan melacur diri jika
darurat.
Saya sebagai kaum wanita
Islam ingin bertanya dengan mana-mana
Ustaz dan Ustazah bolehkah wanita muslim
tidak kira apa saja gelaran mereka ibu tunggal kah atau janda melacur
diri sekiranya keadaan darurat saya mahu tahu hadis mana satu yang menyatakan
wanita Islam di bolehkan menjadi pelacur.
Sebagai seorang mantan
Ustazah kemudian di lantik sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri sering
kali membuat ceramah-ceramah perdana di memerata tempat jika benar Mashita
berkata sedimikian rupa sila jawab pertanyaan saya ini hadis mana satu yang
menyebut dan membolehkan ibu tunggal
melacur diri.
Kerana kita sebagai kaum
hawa khususnya wanita Islam keliru dengan kenyataan tersebut jika benar
Mashita berkata demikian atau sebaliknya ini adalah fitnah semata-mata untuk
mengaibkan orang hukumnya berdosa besar
Apabila timbulnya kenyataan
Mashita itu ia menjadi kontraversi di kalangan wanita Islam di Negara ini kenapa seorang Ustazah berani mengatakan wanita
di bolehkan melacur diri jika darurat
dan perkataan seumpama itu soalah-olah satu galakan dan dorongan terhadap kaum ibu yang bergelar ibu tunggal dan janda
untuk mencari nafkah bagi menyara
kehidupan sendiri ataupun untuk menyara anak-anak mereka daripada pendapatan
haram itu.
Kata seorang aktivis
Masyarakat Wanita yang tidak asing lagi
di negeri ini yang juga selaku Pengerusi
Ahli Lembaga Portal The Sabah Insider.net Dato Seri Paduka Dr. Kemeliia Hassan (Gambar) dalam satu kenyataan hari ini ketika
diminta mengulas dua artikel yang bertajuk: PESANAN DR MASHITA IBU TUNGGAL
DI BOLEHKAN MELACUR DIRI JIKA DARURAT
yang ditulis oleh Wan Faridah Wan Othman dan BETULKAH MASHITA BERKATA BEGITU IBU TUNGGAL DIBOLEHKAN
MELACUR DIRI JIKA KEADAAN DARURAT” Tulisan Nurliyana Abdullah kedua-dua artikel
tersebut telah tersiar di portal The
Sabah Insider bertarikh 1hb Mei 2016.
Kata Kemellia lagi kedua-dua
tulisan tersebut kini mendapat perhatian umum khususnya wanita-wanita Islam di
seluruh Negara kerana merupakan artikel paling sensasi walaupun dikira tidak
boleh masuk akal.
No comments:
Post a Comment