Thursday April 28/2016
OLEH: SHAIMON S
JUMADI
FOTO” BASITH HJ 0SMAN
www.sabahinsider14.blogspot.com
TANJUNG PAPAT:- Nampaknya Wakil Rakyat Tanjung Papat Datuk Raymond Tan Tsu
Kiah macam sengaja mengabaikan
tanggungjawabnya sebagai wakil Rakyat di kawasan Tanjung Papat untung mengambil
tahu segala permasalahan penduduk kampung Sim-Sim.
Contoh terdekat di mana Taman Permainan yang terletak
berhampiran dengan Flat MPS Lama Sim-Sim
dalam keadaan usang sudah sekian lama dibiarkan begitu saja tanpa
diselenggarakan yang terang-terang boleh mendatangkan kecelakaan dan berbahaya
kepada kanak-kanak yang ,menggunakan
seperti buaiyan dan lain-lain kemudahan yang ada di taman tersebut.
Kerajaan Barisan Nasional (BN) bukan tidak mampu lebih dari mampu untuk memperbaiki kerosakan
yang sedia ada ini memang di sengajakan tunggu ada orang mati atau cedera parah
baru kerajaan bergegas untuk membaik pulih.
Penduduk Flat MPS tidak boleh menyalahkan bulat-bulat kepada
pihak MPS sebab semua kemudahan asas yang
sedia ada di kawasan perumahan adalah dipertanggungjawabkan oleh Wakil Rakyat
di kawasan berkenaan.
Bukankah Pejabat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM)
Tanjung Papat sejak dari dulu sudah
melantik pengerusi JKKK/JKDB yang
beranan dan berfungsi sebagai mata telinga kerajaan untuk menyalurkan segala
maklumat kerajaan kepada rakyat disamping menyampaikan hasrat rakyat kepada
kerajaan kenapa perkara sebegini rupa bisa terjadi di mana kah tanggungjawab pengerusi
JKKK/JKDB Flat MPS yang setiap bulan
menerima alaun dari kerajaan,
Sesiapa sahaja para penyokong kerajaan BN yang turut membaca berita ini yang tersiar di portal The Sabah Insider ini
tolong panjangkan supaya pihak-pihak yang berkenaan akan mengambil tindakan
sewajarnya keatas masalah kerosakan taman permainan di Flat MPS Sim-Sim ini.
No comments:
Post a Comment