Wednesday April 27/2016
OLEH KAMARUDDIN ZAMAN
www:sabahinsider14.blogspot.com
BINTULU:-
:
Rakyat khususnya pengundi-pengudi
Sarawak jadi semakin keliru dan bingung
mana satu parti pembangkang yang mahu di sokong dan dipangkah semasa pembuangan
undi nanti.
Mereka keliru sebab dua
parti bercanggah dan tiada sefahaman bentuk setia kawan untuk menumbangkan BN
pada Pilihanraya Negeri ke 11 negeri Sarawak antara DAP dan PKR dalam
pengagihan kerusi DUN di beberapa kawasan tertentu sebagai kubuh kuat BN.
Puncak keretakan DAP dan PKR
semakin mendapat sorakan dan ejekan oleh
para penyokong Barisan Nasional (BN) kerana mereka menganggap bila kedua-dua
parti itu sudah berantakan sesama sendiri maka calun BN yang bertanding di DUN
Bukit Kitang dengan mudah mendapat kelebihan undi dengan mejoriti 60 peratus
ini bermakna BN akan memperoleh kejayaan untuk menawan kerusi DUN Bukit Kitang
pada PRN11.
Sepatutnya perkara seraka
atau tamak dalam pengagihan kerusi di Bukit Kitang dan dilain-lain kawasan
tidak timbul DAP harus memberi ruang kepada PKR sebagai satu perjuangan dalam
angkatan barisan Pakatan Harapan begitu juga PKR memberi ruang juga kepada DAP.
Kalau DAP meletakan calun di
DUN Bukit Kitang untuk menentang calun BN maka PKR tak perlu pasang calun di
kawasan yang sama kerara undi akan pecah bagi dua 20 peratus DAP 20 peratus PKR
selebhnya pula akan dimiliki oleh Calun
BN 60 peratus ini bermakna akan memberi pelung calun BN mememangi kerusi DUN
Bukit Kitang.
Kenapa DAP dan PKR tidak ada
orang-orang yang berfikiran terbuka
kenapa DAP harus menentang PKR dalam PRN11 bukankah DAP dan PKR
mempunyai misi dan target yang sama untuk menumbangkan calun BN.
Saya fikir belum terlambat
antara satu sama lain untuk mengundur diri dari bertanding di DUN Bukjt Kitang
sama ada DAP atau PKR mereka tidak harus seraka atau tamak nanti DAP-PKR yang
menanggung rugi akhirnya dua-duanya putih mata kalah dalam PRN11 nanti.
Saya wartawan wakil portal
The Sabah Insider.Net yang diterbangkan dari Kuala Lumpur ke Sarawak selama
saya berada 3 hari saya nampak sokongan padu rakyat terhadap calun-calun
pembangkang sama ada DAP dan PKR cukup memberangsangkan kalau dilihat dari
aspek beberapa sudut PKR-DAP mempunyai harapan besar untuk menang pada PRN11 di
negeri ini.
Tetapi rebutan meletak
calun harus akur tiada pertindihan berlaku antara DAP dan PKR biarlah satu lawan
satu antara DAP dengan BN atau antara PKR dengan BN bukannya DAP lawan PKR.
Sementara dalam kenyataan
media Antony Loke antara lain menyebut
PRN Sarawak: DAP akan tarik calon Bukit
Kitang jika PKR tarik balik lima kerusi
BANGI, Selasa – Pertelagahan dan konflik di antara dua parti bersekutu
Pakatan Harapan, PKR serta parti rasis dan cauvinis DAP dalam Pilihan Raya
Negeri (PRN) Sarawak dilihat masih belum menemui kata sepakat.
Ini berikutan, DAP hari ini mendakwa bahawa parti itu akan menarik
semula calon di Bukit Kitang, Abdul Aziz Isa sekiranya PKR bersetuju untuk
menarik balik percanggahan lima calon di lima kerusi pilihan raya.
Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke berkata, satu
cara boleh dicapai dalam ketegangan ini adalah PKR bersetuju untuk menarik
balik calon di lima kerusi yang bercanggah dengan parti itu walaupun nama-nama
calon berada dalam kertas undi.
“Ia berbeza dengan tahun 2013. Calon masa lalu mempunyai tiga hari
selepas pencalonan untuk tarik balik, tetapi sekarang tidak boleh.
“Ini bermakna, apabila berjaya dicalonkan, nama akan berada pada
kertas undi itu,” katanya seperti dilapor The Star Online hari ini.
Sehubungan itu, Loke berkata jalan terbaik bagi kedua-dua parti
itu adalah PKR membuat pengumuman berhubung penarikan semula calonnya dan tidak
berkempen.
“Jika mereka berbuat demikian, kami juga akan melakukan perkara
yang sama. Jika kelima-lima calon mereka yang bertanding dengan kita dapat menarik
diri, maka kami akan menarik balik calon DAP di Bukit Kitang,” kata Loke.
Dakwa Loke lagi, parti itu menghormati perjanjiannya dengan rakan
sekutu, PKR dan mengarahkan supaya calon Bukit Kitang, Abdul Aziz Isa
menfailkan kertas pencalonan selepas PKR membuat keputusan muktamad kerusi yang
dipertandingkan.
Konflik dua parti ini bermula apabila berlaku pertindihan dan
perebutan kerusi sehingga menyebabkan pertembungan tiga penjuru di lima
kawasan.
No comments:
Post a Comment