PENGUNDI SARAWAK DIJAKAN BERSATU UNTUK TUMBANGKAN BN DAN UNDI PAKATAN HARAPAN .....WONG


Sunday May 01/2016

OLEH: SHAIMON S JUMADI
www.sabahinsider14.blogspot,.com

 WONG Bersama Calon DAP DUN Mulu Paul Raja


MULU (KUCHING) Ahli Parlimen Sandakan (DAP) Stephen Wong Tieb Fatt  malam tadi pergi bersama-sama calun DAP DUN  N.78 Mulu iaitu  Paul Raja bagi meninjau keadaan di kawasan pedalaman khususnya di rumah panjang yang didiami oleh orang asal terdiri darui suku Penan-Iban-Bidayu dan Dayak.

Dalam tinjauan Wong semasa membantu kempen untuk calun DAP Paul Raja ternyarta kawassan pedalaman Mulu tiada apa-apa kemudahan langsung seperti bekalan elektrik  tiada  bekalan air besih dan juga jalan raya sebagai penghubung utama penduduk setempat.

Wong dan calun Mulu itu telah menyaksikan sendiri kehidupan seharian yang ditempohi oleh penduduk-penduduk DUN Mulu adalah dalam keadaan daif dan sangat menyedihkan sekali mengharungi kehidupan yang serba serbi kekurangan.

Kali ini keadaan kehidupan penduduk Mulu mesti berubah jika ditakdirkan calun DAP memang di kawasan berkenaan segala-galanya akan berubah yang penting penduduk  di rumah panjang ini berani ubah  untuk hari esok dan pastikan mereka semua memberi undi kepada calon DAP untuk masa depan yang lebih terjamin dalam menjana ekonomi rakyat.

Wong kata kerajaan Barisan Nasional (BN) di Negara ini sudah tidak relevan kerana para pemimpinnya 80 peratus terlibat dalam skandel rahsua yang semakin menjadi-jadi.

Dengan itu Wong mengajak rakyat seluruh negeri Sarawak bila turun mengundi jangan lupa undi calun-calun DAP dan termasuk calun-calun Pakatan  Harapan yang terdiri dari DAP-PKR dan AMANAH  dan tolak calun-calun dari BN  yang sentiasa membuat janji-janji kosong.




No comments:

Post a Comment