KEMPEN DERMA DARAH DAN BAYI SIHAT KG SIM-SIM DAPAT SAMBUTAN


Tuesday April 05/2016

OLEH: SHAIMON S JUMADI
www.sabahinsider14.blogspot.com

SANDAKAN:-  Program Derma Darah dan Bayi Sihat anjuran Seni Budaya Mashyur Kampung Sim-Sim dengan kerjasama Parti DAP Sandakan baru-baru ini mendapat sambutan yang amat menggalakan  di kalangan penduduk setempat.

Tujuan kempen derma  darah itu adalah untuk membantu pihak Hospital Duchese of Kent Sandakan yang sentiasa memerlukan darah daripada orang ramai untuk di simpan di Tabung Darah hospital berkenaan.

Dalam ucapan alu-aluan Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong antara lain beliau mengucapkan terima kasih nkepada masyarakat Kampung Sim-Sim dan sekitarnya kerana sudi menderma darah ini dan sekaligus menjayakan program ini berjalan lancar.


Kata Wong lagi program ini yang dianjurkan oleh Persatuan Seni Budaya Mahsyur Kampugn Sim-Sim dengan kerjasama  sama DAP memang adalah tanggjungjawab bersama untuk  membatu kerajaan khususnya pihak Hospital Duchese of Kent Sandakan bagi membantu mendapatkan darah dari hasil derma orang ramai.

Turut hadir Pengerusi DAP Tanjung Papat Frankie Poon dan pemimpin kanan DAP yang lain.

Sejurus selepas itu para penderma darah  telah dibagikan hamper dari pihak penganjur yang di sampaikan sendiri  oleh MP Sandakan Stephen Wong




No comments:

Post a Comment