Tuesday April 12/2016
( yang salah PM, Pengerusi lembaga penasihat 1MDB
dan Menteri Kewangan. Siapa itu?)
OLEH: NURLIYANA
ABDULLAH
www.sabahinsider14.blogspot.com
ATAS
kertas laporan PAC memang cantik dan memang tidak terkait nama
seorang Najib. Itu diakui sendiri oleh wakil DAP.
Wakil DAP hanya
bercakap apa yang ada atas kertas dan itu selayaknya.
Yang
ada atas kertas tidak dibangkit masuk pakai laporan Audit Negara dan Bank
Negara.
Ada
beberapa dokumen dalam 1MDB diletakkan bawah rahsia iaitu bawah AKTA OSA dan
itu tidak boleh disebar dan rakyat dilarang tahu dan siapa menyebar siap masuk
penjara.
PAC
dilarang menggunakan laporan itu. Kenapa dilarang dan inilah yang menjadi
persoalan kalangan kita seolah ada yang disembunyikan.
Pemindahan
dana ke luar negara tidak dijelaskan keluar masuk dan difahamkan US$1 bilion
dibayar kepada GOOD Star Limited telah disalahguna.
Kemudian
1MDB juga telah membuat bayaran sebanyak lebih US3.5 bilion kepada pihak DODGY
Money Trill dan ini cukup meragukan.
Lebih
aneh lagi ketua setiausaha perbendaharaan Tan Sri Irwan Serigar Mohammad
menjelaskan yang Lembaga Penasihat tidak pernah mengadakan mesyuarat.
Jangan
lupa setiap pengeluaran kewangan/atau urus niaga harus mendapat kelulusan
secara bertulis dari Perdana Menteri dan itu boleh dirujuk perkara 117(c) 1MDB.
Seorang
Najib tidak terlibat memang benar sebab yang terlibat secara langsung
mengarahkan ialah Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia tentu tahu.
Agak
mustahil Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia tidak tahu menahu dan
kalau seorang Najib tidak tahu dan tidak terkait itu benar, tapi siapa yang
duduki kerusi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan?
Laporan
PAC jelas ada kepincangan di 1MDB dan contohnya pengeluaran 228 juta tanpa
kelulusan Ahli lembaga Pengarah 1MDB dan jelas kalau begitu yang mengarahkan
hanyalah seorang perdana Menteri ikut perkara 117(c) itu.
Berdasarkan
kuasa 117(3) itu, apakah benar tidak terkait seorang Perdana Menteri dan
Menteri Kewangan? Tidak terkait seorang Najib memang benar itu diakui.
Rasanya
rakyat Malaysia tidaklah sibodoh seperti disangka dan kalau tidak mana mungkin
negara berhutang 50 Bilion dan itu diakui oleh PAC.
No comments:
Post a Comment