LAPORAN PAC DISEBAR ADA TIDAK DISENTUH KESAN AKTA OSA? RAKYAT JANGAN DIPERBODOHKAN

Saturday April 09/2016

OLEH: ISMAILY BUNGSU
www.sabahinsider14.blogspot.com

KITA sudah tahu laporan PAC telah dikeluarkan. Apakah kita yakin sangat yang di atas kertas? Apakah tidak ada lagi rahsia tersimpan di dalam?

Dalam PSC ada pembangkang, tetapi hanya sekeratan yang tidak berhak membantah/mencadang sebab suara ramai diutamakan dan di dalamnya majoriti YB2 BN yang berkuasa.

Samalah istilahnya YB parlimen meluluskan akta demi akta, meski dibantah itu tidak akan menjadi sebab sistem kita suara majoriti diguna pakai.

Laporan PSC cukup cantik dan hanya mengait sedikit dan yang sedikit itu menyebabkan ArulKanda dan ahli lembaga pengarah lain tawar letak jawatan. Kenapa mereka tawar letak jawatan? itu kena teliti dan tentu ada sebab-sebabnya.

Mahathir sebelum ini mengatakan dan bertanya ke mana perginya RM42 bilion? dan sebenarnya Mahathir salah andai dan Mahathir minta maaf sambil mengatakan Najib benar/betul sebab yang tiada itu bukan RM42 bilion sebalik RM50 bilion lapor PSC dan mahathir menambah, mungkin lebih RM50 bilion jumlahnya dan ini yang belum pasti tetapi RM50 bilion itu pasti ikut laporan.


Saya perhatikan daripada 20 fakta berkenaan 1MDB, satu sahaja yang mereka canang kepada kita, sedang yang 19 fakta tidak dipedulikan tanpa sebarang komen. Kenapa demikian? dan itu sebabnya ini perlu disiasat.

Tentu ada yang disembunyikan, kalau tidak mana mungkin Arulkanda bersama ahli lembaga pengarah tawar letak jawatan dan antaranya tentu saja pengeluaran RM288 juta tanpa kelulusan lembaga pengarah seolah miliknya sendiri dan cuma dijelaskan kepada audit negara pada 9/12/2015.

Tindakan memindahkan dana itu adalah SALAH kesan melangkaui apa-apa kelulusan Limit of authority.

Kita tahu dua laporan audit negara jun 2015 tidak dimasukkan ke dalam lamporan 1MDB dan kenapa saja PSC tidak dibenarkan menggunakan laporan itu dan mereka juga tidak membenarkan orang-orang tertentu disiasat dan apa saja yang disembunyikan?

PSC/Kerajaan harus menyiasat selutuh tindakan ahli lembaga pengarah tentang hutang yang mencecah RM50 bilion itu dan Najib pernah berjanji mahu menyiasatnya dan kenapa ditangguh-tangguh
kan?

Kita juga tahu 1MDB telah membuat bayaran yang sangat meragukan lebih kurang YS$3.5 bilion kepada pihak yang mencurigakan iaitu Dddgy Money Trill.

Satu persoalan lagi yang cukup meragukan 1MDB telah memberhentikan perkhidmaatan audit ernst & Young, malahan KPMG juga mereka berhentikan dan difahamkan mereka diberhentikan kesan terlalu banyak pertanyaan tentang kebobrokan penipuan yang masih samar dan perlu penjelasan.

Di atas sebahagian fakta yang tidak pernah diuar2kan di TV3 atau di mana-mana media dan itu sebab ada atasan menyatakan berhentilah memperbodohkan rakyat dan berhentilah menipu rakyat.

Kalau benar telus dan ikhlas, maka akta demi akta tidak perlu diluluskan kerana akta yang ada hanya menangkap pelapor dan mereka yang rasuah/salahguna kuasa terutama kepimpinan atasan terselamat dan sesukahatinya mereka merampok khazanah negara bangsa dan ini kesani rakyat juga yang menderita susah payah perit.


No comments:

Post a Comment