Wednesday April 06/2016
Wajib baca
Laporan rafizi kepada arul kanda.
Media tak dapat viralkan kerana kekangan
Akta OSA
YB RAFIZI MOHON VIRAL KEPADA ORANG RAMAI LAPORAN POLIS YG BELIAU BUAT HARI INI KERANA ADA KEKANGAN OSA DAN TIADA MEDIA YG AKAN SIAR SEPENUHNYA UNTUK TATAPAN RAKYAT
Sebentar tadi saya membuat laporan polis terhadap CEO 1MDB, Arulkanda Kandasamy. Oleh kerana kekangan OSA, berita ini tidak akan disiarkan sepenuhnya oleh mana-mana laman berita. Bantu saya sampaikan maklumat ini kepada rakyat, sebarkan dan "share" sebanyak mungkin.
LAPORAN POLIS YB RAFIZI RAMLI TERHADAP CEO 1MDB, ARULKANDA KANDASAMY
Hari ini saya telah membuat satu laporan polis terhadap Arulkanda Kandasamy, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB dan pasukan pengurusan beliau di 1MDB supaya satu siasatan dibuka untuk memastikan tidak berlaku sebarang pecah amanah atau apa-apa pelanggaran undang-undang (mana-mana akta) apabila sejumlah RM288 juta dana 1MDB digunakan bagi tujuan membayar faedah pinjaman 1MDB tanpa dimaklumkan terlebih dahulu kepada Lembaga Pengarah.
Maklumat ini diketahui umum apabila satu mukasurat dari Laporan Ketua Audit Negara ke atas 1MDB yang telah dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Negara didedahkan. Intipati utama dari Laporan Ketua Audit Negara itu membayangkan bahawa satu kesalahan iaitu menggunakan harta syarikat (iaitu 1MDB) tanpa kebenaran dan pengetahuan Lembaga Pengarah telah berlaku; berdasarkan penemuan-pemenuan berikut oleh siasatan Ketua Audit Negara:
1. Lembaga Pengarah 1MDB dalam mesyuarat pada 17 Ogos 2015 telah mengarahkan Encik Azmi Tahir, Ketua Pegawai Kewangan (CFO) 1MDB untuk memberikan penjelasan mengenai sejumlah RM288 juta yang telah dibelanjakan oleh 1MDB

2. Perbelanjaan sejumlah RM288 juta tidak dimaklumkan kepada Lembaga Pengarah
1MDB
3. Pengurusan 1MDB hanya menjelaskan kepada Ketua Audit Negara pada 9 Disember
2015 bahawa RM288 juta itu digunakan untuk membayar faedah pinjaman 1MDB
Di dalam mana-mana syarikat, kelulusan tertinggi adalah Lembaga Pengarah dan
bukannya CEO. Malah, untuk memindahkan wang di antara dua akaun yang berlainan
bagi satu syarikat yang sama, ia memerlukan tandatangan ahli-ahli Lembaga
Pengarah dan tidak memadai dengan tandatangan CEO.
Perbelanjaan berjumlah RM288 juta ini adalah satu perbelanjaan yang besar dan
sudah tentu melangkaui apa-apa tahap kelulusan (“limits of authority” atau LOA)
yang diberikan kepada seorang CEO. Oleh yang demikian, sebarang perbelanjaan
dan pemindahan wang sejumlah ini perlu mendapatkan kelulusan Lembaga Pengarah
sebanyak dua kali:
i. Pertama; untuk meluluskan perbelanjaan sebanyak RM288 juta itu bagi tujuan
khusus yang dibentangkan kepada Lembaga Pengarah
ii. Kedua; untuk mengarahkan bank memindahkan wang sebanyak RM288 juta
memerlukan tandatangan sekurang-kurangnya 2 orang ahli Lembaga Pengarah yang
diberikan kuasa oleh Lembaga Pengarah untuk menandatangi arahan kepada bank
Penemuan Ketua Audit Negara bahawa Lembaga Pengarah 1MDB tidak tahu menahu
mengenai perbelanjaan RM288 juta sehingga Lembaga Pengarah mengarahkan CFO
memberi penjelasan menunjukkan bahawa proses mendapatkan kelulusan tidak
dipatuhi. Secara amnya, ini adalah satu kesalahan jenayah dan sebab itu saya
membuat laporan polis agar Arulkanda Kandasamy dan pasukan pengurusannya
disiasat secepat mungkin.
Selama ini Arulkanda sering memberi alasan bahawa beliau tidak terbabit di
dalam segala masalah 1MDB kerana urusniaga-urusniaga itu berlaku sebelum beliau
menjadi CEO. Kali ini, bukti dari Laporan Ketua Audit Negara secara jelas
menunjukkan bahawa di bawah pengurusan beliau, 1MDB masih terus melanggar undang-undang
kerana tidak mendapatkan kelulusan Lembaga Pengarah.
Saya bersedia memberi keterangan mengenai siasatan OSA tetapi saya mahu Ketua
Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi jawapan sama ada siasatan dan
layanan yang sama akan dikenakan terhadap Arulkanda Kandasamy. Jika saya
ditahan reman dengan tidak berselipar, Arulkanda Kandasamy juga boleh ditahan
di sebelah sel saya di Tahanan Berpusat Jinjang minggu ini.
RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN
30 MAC 2016
No comments:
Post a Comment