Thursday April 07.2016
TANGKAP RAFIZI IKUT
UNDANG-UNDANG
( kecuali cara penahanan seperti Rafizi penjenayah)
( kecuali cara penahanan seperti Rafizi penjenayah)
OLEH: ISMAILY BUNGSU
www:sabhinsider14.blogspot.com
BERITA penangkapan Rafizi tidak salah dari segi undang-undang dan
undang-undang telah menentukan begitu, maka kena akur.
Hakikat yang jelas POLIS juga tidak salah
kerana polis melaksanakan undang-undang yang diluluskan dan demikian juga
RAFIZI sebenarnya tidak salah, cuma cara polis melayan Rafizi tak sepatut
begitu kala Rafizi bukan penjenayah, perampok atau pembunuh yang bahaya.
Siapa yang salah kalau demikian?
Pencipta undang-undang terdiri kalangan 222 YB
di Parlimen dan jika sesuatu undang-undang baru itu diluluskan oleh 2/3 ahli
parlimen, maka ia tetap jadi undang-undang yang diwartakan dan kemudian
pelaksanaannya terserah yang melaksanakan undang-undang itu termasuk
hakim-hakim dan juga polis yang diamanahkan.
Yang harus disalahkan ialah mereka yang
meluluskan undang2 itu dan tentu saja mereka yang terdiri dari YB2 Barisan
Nasional dan undang-undang itu dinamakan akta OSA yang boleh menangkap mereka
yang menyebar bahan-bahan yang dianggap/takrif SULIT ikut akta OSA itu sendiri.
Seperti yang saya jelaskan RAFIZI telah
menyiarkan bahan2 yang dimaksudkan terkait dana terkeluar RM288 juta tanpa
kelulusan Ahli Lembaga Pengarah 1MDB maka di situ Rafizi terkena dan Rafizi
sendiri memang tahu hal ini, tetapi kesan penyebaran itu tentu dia tak menyesal
sebab yang diperjuangkannya ialah kepentingan rakyat Malaysia.
Jelas kesan pembongkaran itu dana 1MDB
diselewengkan cara tidak benar dan pasti lagi banyak penyelewengan dilakukan,
cuma hanya seorang RAFIZI sahaja yang berani meski ia tahu akta OSA itu bakal
menghantarnya ke penjara.
Seorang pejuang sejati akan terus berani
memperkatakan yang benar dan hanya pejuang bacul sahaja akan mendiamkan diri
dan terus mempertahankan pencuri dan perampok khazanah negara bangsa.
Kalau kamu faham maskud saya ini pasti tahu
dan lebih mengerti keadaan sebenarnya yang berlaku di Malaysia undang-undangnya
bukan kepentingan rakyat ramai sebalik mahu sembunyikan perbuatan bobrok
kepimpinan negara.
Demikian yang sebenarnya.
No comments:
Post a Comment