“ Tuesday April 26/2016
Gambar Kelihatan…… Datuk Hj Iliyas Hj Ibrahim
ketika berucap merasmikan Pertandingan
Gambar Kelihatan….. Pesilat Terbaik Putera
mewakili SMK Sandakan.
OLEH: MUSTAFFAH MOHD HASSAN
www:sabahinsider14.blogspot.com
SANDAKAN: Usaha Kementerian Pelajaran
memperkasakan Seni Silat di sekolah-sekolah adalah langkah tepat untuk terus
mengembangkan seni warisan bangsa melayu itu kepada generasi muda khususnya
golongan pelajar.
Demikian ditegaskan Dipertua Persekutuan Seni
Silat Pesaka Sabah, Datuk Hj Iliyas Hj Ibrahim ketika berucap merasmikan
penutupan pertandingan Silat Seni Bahagian
Sandakan di Dewan Ibnu Sina SMK
Bestari padaAhad.
Katanya, bersesuaian dengan
pengiktirafan kerajaan bahawa Silat
adalah banteng pertahanan ketiga Negara, adalah tepat pada masanya untuk
kementerian Pendidikan mengwujudkan gagasan satu sekolah satu silat bgi
mengglkkn lebih ramai anak anak muda mempelajari silat sebagai wadah membina
disiplin diri.
“Apa bila kerajaan mengiktiraf silat sebagai
banteng ketiga pertahanan Negara sudah tiba masanya silat diajar di sekolah
bagi membina jiwa patriotic kepada pelajar-pelajar kerana silat adalah untuk
kita melihat ke dalam diri sendiri tentang seni budaya bangsa
yang wajar
dipertahankan”Katanya yang juga mantan Ketua Polis Negeri Sabah.
Meneurut beliau, IstilahSilat Benteng Pertahanan Negara juga perlu dilihat lebih khusus sebagai usaha berterusan kerajan menentang
musuh nombor satu Negara dan rakyat iaitu penyelahgunaan najis Dadah yang
menjadikan golongan muda sebagai sasaran ketagihan.
“ Inilah antara pentingnya silat dijadikan banteng
Pertahanan Negara , golongan pengedar danpenjual Dadah diserata dunia sentiasa
menjadikan anak-anak muda menjadi penagih maka dengan itu kalangan anal muda
yang terjerumus ke kancah ketagihan Dadah akan hilang kekuatan rohani untuk
meneruskan kehidupan mereka secara normal”
“Adalah jelas dan terbukti kehancuran
sesebuah Negara dan bangsa itu akan berlaku jika generasi muda yang seharusnya
mewaris kepimpinan Negara sudah tidak punya jati diri dan lesu kerana dadah,
justeru kita tidak rela dan mahu anak anak muda Malaysia ini menjadi lemah
kerana dadah,sebab itu kerajaan menjadikan silat sebagai benteng penting dalam
keselamatan Negara”Katanya
Kepentingan silat dalam mempertahankan Negara
telah terbukti semajak lima ratus lampau dengan kegemilangan pahlawan-pahlawan
melayu yang mahir dalam ilmu persilatan hingga menjadikan kerajaan Melayu
sebuah kerajaan Empayar yang terkenal di seantero nusantara.
Justeru Iliyas yang juga mantan Datuk Bandar
Kota Kinabalu sebelum bersara 3 tahun lalu mengesa sekolah sekolah yang masih
belum mengwujudkan kelab silat di sekolah mereka agar mengambil langkah awal
mengwujudkan kelab berkenaan.
Katanya di peringkat negeri ini, PSSS Pesaka
Sabah sentiasa bersedia membantu dan memberikan kerjasam penuh Jabatan
Pelajaran Sabah bagi menubuhkan kelab-kelab dan platon silah di sekolah-sekolah
kerana PSSS Pesaka Sabah mempunyai ramai jurulatih yang berkelayakan untuk
membimbing pesilat mudah samada di peringkat Sekolah Rendah mahupun sekolah
menengah.
Dalam pada itu beliau juga meminta pihak
jabatan Pelajaran dan sekolah-sekolah yang menjemput mana-mana pihak atau
individu untuk mengajarsilat di sekolah wajar berhubung dengan PSSS Pesaka
Sabah di peringkat Zon bagi memastikan ketulinan Perguruan silat yang diajar
disekolah bagi mengelakkan penyelewengan pengajaran termasuk penerap nilai
nagetif kepada pelajar.
Turut hadir dipetandingan tersebut,Penyelia
Kokurikulum Pejabat Pelajaran Daerah, Encik Suraisah Yunus Pengerusi PSSS Pesaka
Sabah Zon Pantai Timur Utara Mustaffah Mohd Hassan, Pegawai KKBS Bahagian
Sandakan Titing Dullah Abdul Rahman, Zaini Ongon (Perguruan Sendeng Banting) Hj
Samsudin Imam Jamalul (Perguruan Biosejati)
Pada pertandingan Silat Seni Sekolah Menengah
dan Rendah Bahagian Sandakan sebanyak lima Sekolah menengah dna dua sekolah
Rendah telah menyertai pertandingan berkenaan yang menyeksikan SMK Sandakan
Bestari mengungguli
Pertandingan
setelah muncul Juara Keseluruhan.dengan memenengi 5 emas, 1Gangsa , Naib Johan
SM St Micheal 1 Emas 6 gangsa manakala ketiga SMK Merpati dengan 1 emas dan 2
gangsa sementera keempat SM St Micheal dengan 1 Perak 2 gangsa.
Sementara peringkat sekolah Rendah , SK
Sungai Anib Satu munculjuara dengan pungutan
pingat 3 Emas dan 3 Perak manakala St Mary Convent 3 emas.
Selesai.
No comments:
Post a Comment