22 TAHUN JASA MAHATHIR TADBIR NEGARA DILUPAKAN BEGITU SAJA TIADA NILAINYA OLEH UMNO SEKARANG

Monday April 04/2016

ISLAM AJAR HORMAT MESKI MUSUH
( terkait perhimpunan lalu)

OLEH: ISMAILY BUNGSU
www.sabahinsider14.blogspot.com


NABI tak pernah ajar kita berkelakuan kurang sopan meski terhadap musuh. Yahudi yang buta memaki-maki Nabi terus juga nabi suapi setiap hari.

Yang menyimbah nabi dengan air kotoran ketika lewat menuju mesjid meski berkali-kali disimbah dan ketika uzur, nabi ziarah dan suapi sup kambing dan ketika Fatimah tegur kenapa saja ayah yang baik selalu kena aniaya, lalu nabi menjawab " jangan marah dia sebab dia belum Islam dan belum tahu kebaikan Islam".

Mahathir bukanlah nabi dan bukan juga malaikat dan sebagai insan biasa bukan maksum tetap ada kebaikan dan keburukannya selama 22 tahun dia duduki kerusi perdana menteri.

Kita harus adil menilai dan menghukum seseorang dan saya kira sepanjang Mahathir pimpin negara yang dulu tidak terkenal, kini sudah dikenali dunia dan dunia kagum kesan kebijaksanaan Mahathir hingga barat akui kepintaran seorang Mahathir pimpin negara bangsa.
Meski demikian tidak dapat dinafikan Mahathir juga ada kelemahan-kelemanhanya kala seperti saya katakan bukan maksum/bukan malaikat dan bukan seorang nabi.

Ia hanya insan biasa yang ada kelebihan dan kelemahan kala memimpin negara bangsa Malaysia.

Di bawah pimpinannya meski dikatakan maha firaun dan zalim tetapi di bawah kuasanya ia berjaya menangkis usaha barat/luar negara yang mahu menjatuhkan Malaysia dan semuanya gagal dan kesannya Malaysia tidaklah sesusah seperti sekarang ini.

Ketika getah menjunam kesan getah tiruan dan sawit teruk harganya kesan disaingi oleh kacang soya dan kemudian sebelum itu ia sudah bersiap sedia dengan hasil emas hitam yang tidak difikirkan oleh orang lain dan kesannya Malaysia terus maju dan mewah.

Tetapi di bawah Najib jelas kesan serangan yang bertubi2 getah turun harga, sawit menjunam, minyak merundum dan ringgit jatuh ke bawah, maka tiada lagi cara Najib atasi selain hentam poket rakyat tak kira miskin kaya melalui cukai kepala berganda yang namanya GST.
Cukai kepala itulah digunakan untuk membayar gaji kakitangan kerajaan, perbelanjaan negara termasuk membayar hutang negara yang di sekitar 900 bilion dan serentak itu pelbagai skandal dilakukan oleh kepimpinan negara hingga rakyat terus menanggung beban derita.

Lalu Mahathir melihat keadaan itu cukup bahaya dan segera ia tinggalkan UMNO dan anaknya sendiri kena pecat dan tanpa disangka ia bersama pemimpin DAP/PKR dan Amanah duduk semeja bersama mahu menyingkirkan Najib yang dianggap korup dan menyalah guna kuasa.

Kesan dulu dia merupakan musuh politik, maka seharusnya kita lupa semua yang lalu dan bersatu menentang jatuhkan Najib demi selamatkan negara bangsa dan kita kena hormat.

\Meski dulu ia tak sehaluan dengan DAP/PKR dan sekarang AMANAH, maka tidak boleh tidak kita hormat pendiriannya dan ketika ia sama naik ke atas pentas dan berucap semua orang kena hormat dan kena mendengar mesej yang disampaikan.

Kalaulah benar ada pemimpin yang namanya YB terlompat-lompat macam kera kena belacan bila Mahathir berucap, maka itu jelas satu perangai buruk dan tidak layak menjadi pemimpin dan kalaulah perangai buruk semacam itu terus dilakukan, lalu bagaimana rakyat mahu menghormati dia dan memilih parti yang ia sertai di PRU akan datang?

Tak kira siapapun berucap meski Najib kita kena dengar dan ambil perhatian bukan melakukan perkara yang memburukkan parti dan sama seperti kebudak-budakan dan bagi saya yang melakukan olah semacam itu bolehlah dikatakan BIADAP dan tidak tahu hormat orang lain.

Kalau kita sendiri tidak hormat orang lain, lalu bagaimana orang lain hormat sama kita dan kalau guru kencing berdiri dan murid tentunya kencing berlari.
Siapa makan lada dialah merasa pedasnya!


No comments:

Post a Comment