TAHNIAH DAN TERIMA KASIH TPM-DSP AHMAD ZAHID HAMIDI.
OLEH: YAHAYA ISMAIL
HARI ini bersejarah bagi kaum
penulis tanahair. Datuk Seri Ahmad Zahid
Hamidi, Timbalan Perdana Menteri waktu
merasmikan rumah Gapena, mengisytiharkan sumbangan RM5 juta kepada Gapena.
Jumlah
itu tidak besar kalau dibandingkan dengan sumbangan kreatif, intelek kaum
penulis untuk memperkasakan budaya bangsa.
Kaum
penulis bukan pemakan dedak tetapi janganlah pula menganggap mereka masyarakat
pinggiran tidak penting dalam masyarakat. Mereka juga bukan pengemis jalanan.
Bagi
mereka yang tahu menghargai nilai budaya, dunia kreatif dan pembangun tamadun
bangsa mereka tentulah menghargai sumbangan penulis sebagai pembentuk sejarah,
pemikir bangsa, pembina tamadun bangsa.
Datuk
Seri Zahid dalam ucapannya menyentuh
peranan kaum penulis sebagai pembentuk zaman, pemikir masa depan bangsa.
Ideanya
baik dan perlu digarap oleh setiap penulis yang berjihad mencari kebenaran dan
kesejahteraan ummah.
Jangan
samakan peranan dan sikap kaum penulis seperti kaum politik atau usahawan.
Dunia penulis menyentuh hati nurani manusia, kekuatan iman, kejujuran intelek
menurut hidayah dan tuntutan zaman.
Buah
fikiran mereka mungkin tidak sehaluan dengan politikus yang menikus atau ahli
perniagaan yang memburu jutawan ringgit atas kesangsaraan rakyat jelata.
Sebagai
penulis mereka bebas melontar idea, bergelut dengan berbagai persoalan,
menentang korupsi dan kerakusan penguasa.
Mereka
menentang tirani kerana mereka berpihak pada golongan tertindas, diinaya, kekayaan
kemiskinan yang tak diminta.
Nampaknya
Zahid memahami jiwa dan perjuangan kaum penulis. Harap kata-katanya dikotanya,
dan kaum penulis tidak dianggap sebagai musafir berkelana di cakrawala yang
kaya dengan tipu helahnya, kejalangan dan kejujuran yang sukar ditemui dalam
ombak rasa kemanusiaan yang semakin dilupakan.
No comments:
Post a Comment