KETUA POLIS NEGARA LETAK JAWATAN JIKA MAHU BERPOLITIK

Monday April 11/2016

OLEH: ISMAILY BUNGSU

SAYA perhatikan ketua polis negara agak tersasar visinya, bukan lagi mahu menjaga keamanan dan pertahankan keadilan sebalik lebih kepada mempertahankan seorang Najib.
Suara-suara sumbang  yang ia lontarkan jelas semacam BERPOLITIK dan sesuatu yang bukan tugasnya diusahanya untuk mencampuri dan kesannya rakyat jadi keliru dan di situ nampak ketidakadilan tindakan seorang ketua polis negara.
PAC telah menyatakan dan mahukan satu siasatan dilakukan terhadap CEO 1MDB, tetapi hingga sekarang belum adapun siasatan dilakukan dan mereka langsung tidak memberikan respond yang sewajarnya.
Sebaliknya kes RAFIZI mereka begitu tangkas dan cepat bertindak meskipun tindakan Rafizi sebenarnya tidak begitu membahayakan kedudukan negara banding hilangnya berbilion dana Negara yang boleh meranapkan negara bangsa Malaysia.
Bukan saja ketua polis negara jadi lembab bila melibatkan pemerintah, malah Peguam Negara yang juga seharusnya sama menjaga kepentingan Negara terus membisu dan jelas di sini keduanya hanya bertindak ikut arahan seorang PM dan kesimpulannya mereka bertugas bukan untuk negara bangsa tetapi demi menyelamatkan seorang perdana Menteri.
Banyak sangat kenyataan-kenya
taan  ketua polis negara tidak menggambarkan tugas dan peranan sebagai ketua polis negara yang menjaga keamanan dan keadilan semua orang sebalik suara-suaranya jelas suara-suara sebagai ahli politik yang juga sama banyak unsur-unsur fitnah yang dilontarkan terhadap seorang Rafizi.
Sikap dan perbuatan ketua polis negara jelas tidak adil dan gagal menjalankan tugas sebenar yang diamanahkan dan kesan keadaan inilah yang menyebabkan khalayak ramai hilang kepercayaan cara ketua polis negara bertindak dan perbuatan semacam ini menjadikan rakyat muak dan hilang kepercayaan.
Jika benar ketua polis negara mahu berpolitik dan terus mempertahankan kepimpinan negara tak kira siapa, sila saja meletakkan jawatan dan bertandinglah atas tiket UMNO dan PH siap hadapi.


No comments:

Post a Comment