Monday April 25/.2016
SOROTAN DARI MEJA
EDITOR (TSI))
SHAIMON S JUMADI
www.sabahinsider14.blogspot.com
TERDAPAT beberapa
kesilapan besar yang dilakukan oleh
pihak parti pembangkang iaitu DAP dan PKR
kerana metelak calun di kawasan yang sama untuk menentang calon Barisan Nasional (BN)
di kawasan DUN Bukit Kitang.
Jika kedua parti pembangkang iaitu DAP dan
PKR yang mempunyai hala tuju dan niat
yang sama untuk menumbangkan calun BN sepatutnya antara DAP dan PKR tidak usah
berebut-rebut untuk meletakan calun masing-masing di kawasan Bukit Kitang.
Andainya DAP bertanding di kawasan DUN Bukit
Kitang lantas PKR tak usah letak calun PKR yang penting tolong menolong untuk
membantu bagi menumbangkan BN di kawasan
tersebut.
Cara dan system yang kini diguna pakai oleh
DAP-PKR untuk memberi ruang dan laluan calun BN menang di kawasan Bukit Kitang. Sebab
undi berpecah belah 20 peratus DAP dapat
20 peratus PKR dapat dan selebihnya 60
peratus adalah undi BN ini bermakna PKIR-DAP
akan memberi ruang kepada calun BN untuk menang di kawasan DUN Bukit Kitang.
Saya fikir kedua pihak DAP dan PKR belum lagi
terlambat untuk menarik diri antara satu supaya berikan peluang sama ada DAP
atau PKR bertanding di Bukit Kitang untuk menumbangkan calun BN.
Supaya para penyokong pembangkang di kawasan
DUN Bukit Kitang tidak keliru yang mana satu calun mahu diundi
seandainya DAP dan PKR bertanding
di kawasan yang sama sukar untuk para penyokong Pakatan Harapan untuk memilih akhrinya
untuk mejoriti menyebelahi calun BN .
Yang kecewa nanti ialah para penyokong pembangkang
mereka mengharapkan calun-calun Pakatan Harapan menang di kawasan Bukit Kitang
akhirnya putih mata.
Coretan saya ini sekadar memberi pandangan kepada dua belah pihak antara DAP-PKR supaya memperbetulkan
keadaan di kawasan Bukit Kitang di sebabkan masing-masing mempunyai sikap
keegohan akhir yang dua-dua parti kecundang
pada PRN11 Sarawak sebab kedua-dua parti tiada tolak ansur dan berkompromi
satu sama lain yang untung calun BN
Sementara pihak DAP bersetuju
untuk memberi laluan kepada PKR untuk meletakkan calon mereka di kerusi DUN
Bukit Kitang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Mei depan.
Setiausaha
DAP Agung Lim Guan Eng, dalam satu kenyataan media memberitahu, parti itu akan
memberi sokongan penuh kepada calon PKR Voon Shiak Ni dalam memastikan
kemenangan berpihak kepada pembangkang.
Menurut
Guan Eng, kerusi Batu yang diwujudkan dari kawasan pilihan raya Batu Kawah dan
Kota Sentosa yang diwakili DAP, pada asalnya diperuntukkan untuk pengerusi DAP
Sarawak Chong Chieng Jen.
"DAP
akan memberi sokongan penuh kepada calon wanita Voon Shiak Ni seperti yang
diumumkan oleh Timbalan Presiden PKR yang juga menteri besar Selangor, Datuk
Seri Azmin Ali.
"DAP
berharap PKR dan DAP boleh bekerjasama dan membantu satu sama lain untuk
memastikan kemenangan bersama dan untuk memenuhi misi bersejarah menafikan BN
majoriti dua pertiga di Dewan Undangan Negeri Sarawak," kata Lim yang juga
ketua menteri Pulau Pinang dalam satu kenyataan hari ini.
Tambah
Guan Eng lagi, DAP juga akan bertanding 30 kerusi dalam pilihan raya negeri
Sarawak akan datang, yang akan menyaksikan parti itu bertanding di lebih banyak
kerusi bukan majoriti pengundi Cina.
Beliau
juga mengecam keras Ketua Menteri Sarawak Tan Sri denan Satem yang melalrang
pemimpin Pakatan Harapan masuk ke negeri itu, yang disifatkannya sebagai
"satu penyalahgunaan kuasa".
Setakat
ini, lebih 40 ahli Parlimen pembangkang, aktivis dan ahli akademik, telah
dilarang memasuki Sarawak, termasuk Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar,
Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli, ahli Parlimen DAP Tony Pua dan Anthony Loke
dan juga Presiden AMANAH Mohamad Sabu .
PKR
dan DAP Sarawak tidak sekata berhubung pembahagian kerusi dalam pilihan raya
negeri 7 Mei ini.
Ini
selepas PKR negeri membuat keputusan untuk tidak mengikut arahan pembahagian
kerusi oleh kepimpinan Pakatan Harapan pusat dan menentukan senarai calon
sendiri.
Beberapa
hari yang lalu telah menyaksikan pemimpin PKR dan DAP turun padang untuk
menangani perkara itu.
Guan
Eng berada di Sarawak sebagai mewakili DAP pusat manakala Azmin Ali datang bagi
pihak kepiPengumuman Lim itu dilihat sebagai satu isyarat menyambut gesaan
Azmin sebelum ini supaya kedua-dua sekutu lama itu menyelesaikan perkara
tersebut.
No comments:
Post a Comment