Sabtu April 30/2016
OLEH: THOMAS SINGGIUK
KOTA
KINABALU:- Peranan portal The Sabah Insider.net sebagai wadah masyarakat untuk berintraksi bagi meluahkan segala permasalahan mengenai kehidupan sekeliling masyarakat dan dalam
aspek politik semakin menyerlah.
Dalam
tempoh 2 tahun 11 bulan kewujudan portal The Sabah Insider di negeri ini orang
ramai yang terdiri daripada pelbagai golongan masyarakat yang membaca dan mengikuti perkembangan dan perjalanan portal
ini nisbah bacaan sekarang telah menjangkau146,746 ini bermakna sambutan dari
orang ramai bukan saja di negeri Sabah bahkan keseluruhan pelusuk di dalam
negera ini termasuk Semenanjung-Sarawak-Singapura dan juga Brunei amat
menggalakan diluar jangkaan.
Demikian
dinyatakan oleh Pengerusi Ahli Lembaga The Sabah Insider.net Dato
Seri Paduka Kemellia Hassan dalam
satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini di ibu pejabatnya.
Katanya
peranan portal The Sabah Insider.net yang tidak berat sebelah (bias) dalam
menyiarkan apa saja berita yang sampai ke meja editor tidak kira berita pro
kerajaan mahupun pro pembangkang asalkan cerita bukan direka-reka tetapi
mempunyai fakta yang tertentu sudah
pasti dapat dimuatkan di portal ini untuk bahan terbitan.
“Saya
sebagai Pengerusi Ahli Lembaga The Sabah Insider.net ingin mengucapkan terima
kasih kepada seluruh penduduk di Negara ini
tidak kira di mana mereka berada kerana memberi sokongan moral terhadap
penerbitan berita=berita diportal ini.”kata
Kemellia.
No comments:
Post a Comment