DR VIDA BUAT LAPORAN POLIS AKAUN FACEBOOK DIGODAM
Tuesday April 19, 2016
KUALA KANGSAR:- Pengasas Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk
Seri Dr Hasmiza Othman membuat laporan polis berhubung akaun Facebook miliknya
digodam individu tidak bertanggungjawab.
Hasmiza yang lebih dikenali sebagai Dr Vida
juga membuat laporan ada individu lain membuka akaun Facebook dan menyamar
sebagai dirinya.
Beliau mengesan kewujudan satu akaun Facebook
menyamar sebagai beliau dan memperdaya kira-kira 1 juta pengikutnya di laman
sosial itu, kira-kira jam 1 pagi Khamis lalu.
“Banyak gambar saya dimuat naik dalam
Facebook itu. Kapsyen pada gambar itu juga sama seperti kapsyen yang saya taip
di Instagram milik saya.
“Pemilik akaun itu menjanjikan hadiah lumayan
kepada pengikut, seperti beg tangan berjenama secara percuma,” katanya selepas
membuat laporan polis di Balai Polis Jelapang, kira-kira jam 3.30 petang
semalam.
Dr Vida berkata, pada hari sama, beliau
memuat naik status di Facebook miliknya bagi menyatakan penipuan itu, namun
beberapa jam kemudian, akaun Facebooknya tidak boleh diakses, kerana dipercayai
telah digodam.
“Selepas empat hari kejadian itu berlaku,
saya dapati sekeping gambar telah dimuat naik, disusuli dengan pautan senarai
nama pemenang. Apabila gambar itu diklik, akan masuk ke satu laman web lucah,”
katanya.
Sehubungan itu, beliau minta pihak berkuasa khususnya pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dapat menjalankan siasatan dan mengambil tindakan terhadap pesalah yang telah
menggunakan identitinya untuk tujuan salah, kerana ia memberi kesan terhadap
reputasinya.
Ketua Balai Polis Jelapang, Inspektor Rashidi
Othman mengesahkan laporan itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment