KATA NANCY SHUKRIE BUMIPUTERA ADALAH PENCURI TERMASUK SABAH DAN SARAWAK JIKA TIDAK DAPAT BANTUAN KERAJAAN

SABAHAN KETURUNAN PENCURI
( lesap dana ZAKAT, TABUNG HAJI, YAPEIM mereka curi)

OLEH: ISMAILY BUNGU
www”sabahinsider14.blogspot.com

Di Sabah ini memang selalu kecurian dan pencurinya orang Sabah sendiri kesan tidak mendapat bantuan. Ngamlah kata Nancy, itu saya setuju. Teramat setuju.

Orang Sabah ini memang keturunan lanun dan akal tidak baik, pemalas dan tahunya mereka mendapatkan bantuan semata dari kerajaan dan itu sebab tangki biru, BR1M ditabur sana sini sebab kalau tidak dibantu orang Sabah tetap mencuri sebab keturunan pencuri. Itu kata Nancy. Saya setuju dan amat setuju.

Bukan saja pencuri, orang Sabah ini juga perogol, penipu dan tidak boleh diharap. Itu sebab berjuta-juta  ringgit  wang ZAKAT, dana TABUNG HAJI lesap termasuk dana YAPEIM untuk anak-anak yatim dan itu semuanya digasak dicuri oleh orang Sabah. Dasar pencuri!

Orang lokal ini kalau tidak mencuri pasti mereka mati kelaparan dan ramai sudah mati kelaparan di sana sini tidak punya makanan dan ramai juga merempat di jalan raya, di gobok-gobok  dan rumah-rumah  persundalan.

Sejak dulu lagi balak-balak  di Sabah dicuri oleh orang Sabah sendiri malah mereka korek juga tembaga di Ranau dan mereka curi. Habis hutan balak menjadi padang jarang padang tekukur botak mereka kerjakan dan itu sebab orang-orang  kampung rumah mereka macam istana raja sebab pencuri. Memang pencuri besar no satu di dunia.

Kerajaan usaha membantu, dibantunya dengan BR1m, tangki biru dan zink dan yang tidak dapat bantuan terus mencuri kelapa sawit, mencuri apa saja termasuk kereta-kereta  yang ada di jalanan dan itu kesan Sabahanlah yang mencuri termasuk pencuri hati cewek. Hati cewek? Ishhh.. melalut!

Memang orang Sabah ini kalangan brunei, bajau, kdm, rungus, dusun, murut, suluk itu pencuri besar dan kalau tidak dibantu tetap akan terus mencuri. Keturunan pencuri memang begitulah. Dasar bandil!

Yang baik itu hanyalah mereka yang asal UMNO Malaya dan mereka itu macam malaikat. Mereka itu semuanya jujur menjaga khazanah negara bangsa. Jujur dalam dunia derma RM2.6 bilionpun mereka kembalikan. Bersih cekap amanah. Macam malaikat.

Mereka semua macam Nabi, rumah mereka gobok-gobok dan rata-rata  mereka sederhana dan mereka jujur sangat malah mengalahkan Tuhan dan itu sebab ada menteri kata tak percaya Najib makna tak percaya Allah. hebat mereka itu.

Saya orang Sabah amat malu sebab perangai Sabahan ini terus mencuri dan mencuri kasih makan anak bini sebab tidak dibantu oleh kerajaan BN.

Nampaknya kerajaan BN/UMNO itu parti Allah sebab hanya UMNO saja yang boleh menjaga Malaysia dan parti lain tidak boleh. Itu sebab Singapura, Brunei, Thailand tidak maju sebab di sana tiada UMNO.

Saya memang malu dan malu itu saya simpan dalam poket celana dan ini kena kasih tahu seluruh keturunan yang kita ini di Sabah memang keturunan penyamun tarbus.

Terakhir Rafizi tak boleh masuk tadi sebab dialah kepala pencuri harta rakyat dan dia datang ke Sabah mahu mencuri. Memang kepala pencuri itu Rafizi.


No comments:

Post a Comment