MASIUNG LAWAT KAMPUNG INTILIBON PERIKSA JAMBATAN SG MONSOM YANG USANG

Tuesday April 12/2016


OLEH: SHAIMON S JUMADI
www.sabahinsider14.blogspot.com



TONGOD:- Sudah semestinya  tugas seorang Wakil Rakyat  memang sentiasa mengambil berat  apa saja segala masalah yang rakyat hadapi bahkan juga kebajikan serta keselamatan  penduduk perlu diambil kira dari berapa aspek sudut. 
Datuk Masiung Banah sebagai seorang pemimpin khususnya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Kuamut tidak rasa jemu dan bosan berdepan dengan pelbagai masalah yang rakyat hadapi dan sentiasa memberi perhatian dalam apa saja kerumitan pastinya dapat pembelaan. 
Seorang pemimpin berjiwa rakyat senang dihubungi kalau sesebuah kampung mempunyai pelbagai masalah contohnya seperti kerosakan jambatan di Kampung  Intilibon Asal di DUN Kuamut.

Dalam tinjauannya  singkat kelmarin di Kampung berkenaan beliau (Masiung) telah dibawa untuk melihat keadaan jambatan kayu  Sungai  Monsom dalam Mukim Intilibon yang perlu diperbaiki segera demi keselamatan pengguna khususnya penduduk setempat. 
Dalam pada itu Masiung meminta Kekal Mewah sebuah syarikat kontraktor yang memegang konsisi jalan-jalan kampung dalam DUN Kuamut agar menyediakan peruntukan khas dengan segera untuk membina jambatan kontrit bagi menggantikan jambatan lama (kayu)  yang dalam keadaan usang hanya menunggu  roboh menyembah bumi bila-bila masa sahaja.



No comments:

Post a Comment