YB
ROLAND HADIR JADI ISU
Saturday April 30/2016
OLEH:
ISMAILY BUNGSU
www:sabahinsider14.blogspot.com
POLITIK
orang kita masih tahap rendah. Masih seolah di zaman yang jauh
tertinggal, sedang di negara lagi maju tidak demikian sikap mereka.
Kita
perlu tahu bahawa sesiapa yang duduki kerusi menteri/ atau terpilih jadi YB,
mereka itu bukan YB/Menteri parti yang mereka menangi, sebalik mereka jadi
menteri kepada semua rakyat dan jadi YB kepada semua rakyat di Dun atau
Parlimen yang diwakilinya.
Bila mereka jadi YB
atau jadi menteri, yang bayar gaji Menteri dan YB itu bukan parti tetapi rakyat
melalui hasil pendapatan negara yang semua rakyat bayar cukai termasuk
pembangkang dan sebagainya.
YB Roland Chia wakil rakyat Inanam
dan di sana tiada wakil rakyat BN dan YB Roland meski menang atas nama PKR,
tetapi kedudukannya sekarang ia bukan wakil rakyat PKR tetapi wakil rakyat
seluruh rakyat di kawasan Inanam dan ini kena faham.
Sebagai
wakil rakyat Inanam, dia dijemput oleh guru besar dan sekolah kerajaan milik
rakyat untuk menyaksikan acara pesta menuai/perayaan tradisi dan apa pula
salahnya ia hadir tunaikan permintaan rakyat atau tunaikan kemahuan guru besar
di sana?
Kenapa
harus dipolitikkan dan kenapa pula ia merupakan satu kesalahan sedang dia wakil
rakyat yang digaji oleh rakyat dan bukan digaji oleh parti pemerintah.
sebagai
wakil rakyat YB Roland Chia kena dekati rakyat dan kena tahu
masalah rakyat di sana untuk dibawa ke atasan untuk diambil perhatian oleh
pemerintah yang diamanahkan menjaga WANG DISATUKAN.
Seharusnya
kita terbuka sedikit minda dan janganlah keterlaluan seolah BN pula memberikan
gaji kepada guru-guru dan terbaik kurangkanlah politik dan tidak salah kalau YB
Dr. Roland Chia datang ke sana memberikan semangat motivasi untuk anak-anak
terus belajar hingga meraih title doktor seperti yang YB Dr. Roland Chia capai
dan itu menjadi contoh yang terbaik.
No comments:
Post a Comment