MACAM MANA PEMBANGKANG BOLEH MENANG PRN11 KALAU DAP-PKR SUDAH TIDAK SEHALUAN


Tuesday April 26/2016

URUS DIRI TAK MAMPU,BAGAIMANA MAHU URUS NEGERI/NEGARA?

OLEH: ISMAILY BUNGSU
www: sabahinsider14.blogspot.com

SESUATU yang cukup memalukan bila dua kerusi di DUN Sarawak dimenangi oleh BN tanpa tanding.

Kerusi yang dimaksudkan ialah kerusi N82/Bukit Sari dan N04 Pantai Damai. Saya pernah berceramah di DUN Bukit Sari.

Di Bukit Sari calon PKR yang dijadualkan bertanding tidak muncul di penamaan calon. Apakah itu sudah ditentukan atau ada rundingan pihak pemerintah? Kita tak tahu.

Kes ini menyebabkan saya teringat calon PKR di pantai Timur Sabah yang sama keadaannya menyebabkan calon BN menang tanpa tanding.

Seharusnya PKR kena bertindak lebih awal ada calon pilihan kedua jika pilihan pertama itu mencipta masalah kesan sekarang ini macam-macam boleh terjadi kesan suapan berjuta.

Calon di Pantai Damai pula dikatakan MUFLIS dan kelihatannya ini cukup aneh.

PKR telahpun menyertai pilihanraya setiap PRU dan tentu tahu sangat peraturan-peraturan  SPR dan antaranya yang MUFLIS tidak dibenarkan bertanding dan dalam syarat2 SPR telah ditentukan semua termasuk harus menjelaskan cukai-cukai yang ada.

Kenapa hal ini tidak diperhatikan dan apa saja tugas dan peranan pengarah piliharaya? Apakah mereka tidak membaca buku kecil SPR soal peraturan-peraturan  jadi calon di PRU?

Inilah masalah kelemahan kepimpinan di peringkat negeri baik di Sabah dan di Sarawak.

Masalah kedua yang boleh meruntuhkan keinginan rakyat baik di Sabah atau di Sarawak ialah sikap kepimpinan pembangkang yang rakus dan tamak.

Misalnya perebutan kawasan yang ditandingi antara PKR dan DAP dan ini cukup memalukan dan jelas bukan mahu mementingkan rakyat sebalik mementingkan diri sendiri dan parti.

Sikap dan keadaan semacam ini cukup merugikan dan ini terbukti di Sabah bila dua atau lebih parti pembangkang bertanding di satu kawasan seperti Kota Marudu dan Keningau yang kesani BN muncul sebagai juara/Pemenang.

DAP dan PKR pernah bertanding di DUN Kota Kinabalu yang menyebabkan BN menang dan Puan Christina mewakili PKR tewas ketika itu.

Kita lihat di Sabah kalau hal semacam ini tidak dirundingkan dan semua parti tamak dan ahli-ahli mahu jadi YB tanpa memikirkan kepentingan rakyat demi menumbangkan BN, maka saya berani katakan semua akan sia-sia dan mengiggit jari sudahnya.

Inilah masalah yang bakal dihadapi di Sabah nanti di PRU yang akan datang. Tak percaya? lihatlah nanti.

Parti-parti  pembangkang di Sabah kena duduk semeja dan usaha utamakan kepentingan rakyat dan keinginan jadi YB itu letakkan di lokasi kedua setelah meneliti wajah diri di cermin muka sama ada layak atau tidak, sama ada disukai rakyat atau punya dana yang cukup dan sebagainya.
Sekadar keluhan dan boleh saja dihujah sama ada kenyataan saya ini benar atau sebaliknya.

Urus diri sendiri sudah tak mampu bagaimana nak urus negeri-negara contoh pertandingan di kerusi DUN Bukit Kitang  DAP sudah meletakan calun kenapa pula PKRpun meletakan calun di kawasan yang sama ini jelas DAP dan PKR langsung tiada kesepatakatan dan sefahaman antara satu sama lain.

Jelas  kedua-dua parti pembangkang DAP-PKR yang bertanding  di kawasan yang sama ternyata memberi ruang seluas-luasnya kemenengan calun BN di DUN Bukit Kitang.

Sebabnya undi pecah belah para penyokong pembangkang yang bakal mengundi calun pembangkang jadi keliru yang mana satu calun pembangkang yang mahu diundi DAP atau PKR.


Sedangkan tujuan asal dan matlamat mereka ingin menumbangkan BN tetapi kalau sudah timbul perkara sebegini rupa akhirnya DAP dapat undi 20 peratus begitu juga PKR dapat 20 peratus manakala calum BN dapat 60 peratus sudah pastinya kemenangan telah berpihak kepada calun BN akibat ketamakan dan kerakusan DAP-PKR langsung tiada mahu yang mengalah untuk bertolak ansur antara satu sama lain kesudahannya rakyat yang menyokong kepada calun pembangkang mereka amat kecewa.

No comments:

Post a Comment