OLEH: SHAIMON S JUMADI
SANDAKAN: Program Damai- Dadah Musnahkan Akal dan Iman anjuran Biro Hal
Ehwal Wanita PEMADAM Daerah Sandakan yang diadakan di Sekolah Taman Bimbingan
Kanak-Kanak (TABIKA) KEMAS Kampung Cahaya Baru dekat sini pagi tadi dapat
sambutan.
Pengerusi Biro Hal Ehwal Wanita PEMADAM Daerah Sandakan Noraini Sulong
berkata tujuan menganjurkan program Dadah Musnahkan Akal dan Iman adalah untuk
mendedahkan sebanyak sidikit tentang penyalahgunaan najis dadah di kalangan
belia-belia dan
orang-orang dewasa disekeliling.
Kata Pemadam ditubuhkan adalah untuk membantu kepada kerajaan khususnya
pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dalam memerangi pengambilan dadah di
kalangan masyarakat.
Haji Abdul Wahab Hj Alpa daripada PEMADAM Daerah Sandakan telah dijemput
untuk memberikan ceramahnya mengenai penyalahgunaan Janis dadah.
Pada masa yang sama tempat yang sama Pergerakan Wanta Bahagian UMNO Sandakan
telah menganjurkan pertandingan Melukis yang bertemakan Program Merdeka Disini
Lahirnya Sebuah Cinta.
Seramai lebih 50 orang kanak-kanak TABIKA telah menyertai pertandngan
tersebut.
Ketua Wanita UMNO Bahagian Sandakan Noraini Sulong dalam ucapannya
antara lain berkata kalau hendak melentur buluh biar dari rebungnya sama lagi
juga kalau hendak mengasuh atau mendidik kanak-kanak biarlah dari kecil lagi.
“Anak-anak ini diibaratkan sehelai kain putih kalau ia dicorak warna
merah jadinya merah kalau ia dicorak hitam makanya jadi hitam begitulah kalau
ibubapa mengajar anak baik jadinya baik kalau ibubapanya mengajar anak-anaknya
jadi bajingan maka anak-anak jadinya bajingan ujar Noraini.
Katanya anak-anak perlu dididik semai dalam menanam semangat jati diri dan
nilai-nilai murni agar bila dewasa nanti mereka jadi orang-orang yang berguna
kepada bangsa dan negara.
No comments:
Post a Comment