BAJET 2016 TIDAK BERMENFAAT KEPADA KEHIDUPAN RAKYAT...DAKWA WONG

OLEH: SHAIMON S JUMADI &
WARTAWAN DAP

SANDAKAN:- Bajet 2016 sebenarnya tidak membawa menfaat kepada rakyat disamping tidak dapat mengatasi masalah ekonomi Negara sedang kritikel.

Antaranya  faktor-paktor politik mempengaruhi perkembangan ekonomi yang mengakibatkan kehidupan rakyat semakin tertekan dan dibelenggu kemiskinan tegar juga  langsung tidak dapat mensejahteraan kehidupan rakyat seperti Tema Bajet.

Semasa membahas rang undang-undang bajet dalam persidangan Parlimen Ahli Parlimen Sandkan (DAP)   Stephen Wong (gambar) telah membangkitkan 3 faktor utama yang menjadikan negara kita gagal, iaitu menangani gejala  rasuah, salah guna kuasa dan mempermainkan isu perkauman.
 
Kata beliau, dalam beberapa bulan yang lalu, masalah hutang  1MDB, skandal “derma” Perdana Menteri Datuk Seri Najib, kemerosotan nilai ringgit, kenaikan harga pelbagai barang dan sebagainya, mengakibatkan ekonomi negara kita yang lemah bertambah teruk, terutamanya selepas pelaksanaan GST, kehidupan rakyat amat susah. Jika tidak dapat mengatasi masalah melalui puncanya iaitu politik, maka negara kita akan semakin teruk dan gagal.

Wong mengkritik PM Najib menolak tanggungjawab terhadap masalah politik berkenaan, tidak berdaya dalam dasar ekonomi negara, dan tidak dapat terus memimpin negara kita, tambahan lagi beliau terlibat dalam skandal-skandal tersebut, menjejaskan imej negara kita.

Selain itu, Wong juga mengkritk Perdana Menteri bukan sahaja tidak berupaya untuk menangani masalah, malah cuba sedaya upaya untuk mengukuhkan kedudukan beliau, menukarkan menteri dan pegawai tinggi yang berlainan pendapat, segala ini hanya demi mempertahankan kuasa dan kedudukan beliau, mengorbankan ekonomi dan kehidupan yang diinginkan oleh rakyat jelata.

Tahun ini telah mula mengenakan GST dan RM39billion telah dikutip daripada rakyat, tetapi sektor awam seperti pendidikan, pengangkutan, kebajikan dan sebagainya yang berhubung rapat dengan keperluan rakyat, semuanya telah dikurang bajet, subsidi beras Super Tempatan ST15 yang membantu rakyat miskin juga dimansuhkan. Ini menunjukkan kerajaan tidak wajar dalam pembahagian sumber, tidak membela nasib dan kepentingan rakyat.

Misalnya sektor pendidikan, beliau mengutuk keras kerajaan mengurangkan bajet Kementerian Pendidikan Tinggi, hampir semua universiti awam juga dikurangkan peruntukan, manakala peruntukan kepada pelbagai aliran sekolah juga dikurangkan daripada RM800juta tahun ini kepada RM500juta tahun depan.

Di sebaliknya, demi mengukuhkan kuasa, Perdana Menteri telah menambahkan bajet perbelanjaan Jabatan Perdana Menteri iaitu melebihi RM20billion pada tahun ini, hampir 10% daripada jumlah bajet, dan RM8.5billion peruntukan di antaranya tidak jelas kegunaannya, ini menunjukkan PM boleh menggunakan peruntukan tersebut untuk tujuan politik.

Tambahan pula, dalam rombakan kabinet tahun ini, jawatan menteri telah ditambahkan daripada 35 kepada 37 orang. Jika dibandingkan dengan negara England yang lebih ramai populasi dan sistem ekonomi yang lebih besar, kabinet mereka hanya terdapat 22 orang menteri, ini menunjukkan kabinet negara kita gemuk, terutamanya Jabatan Perdana Menteri telah wujudnya lebih daripada 10 orang menteri, tetapi hasil kerja pula tidak kelihatan. Beliau mengkritik PM dan kabinet yang tidak berupaya untuk memimpin negara, harus undur diri.

Beliau juga menegaskan bahawa, kerajaan harus menjalankan pembaharuan, dan menangani 3 masalah utama yang disebutkan di atas, terutamanya masalah rasuah, jika
tidak, ekonomi negara kita tidak dapat ditingkatkan, kerana kebanyakan sumber telah dilarikan secara rasuah, rakyat jelata tidak dapat menikmati kehidupan yang selesa, tetapi kroni kerajaan dan pegawai-pegawai yang tidak produktif pula menikmati kebanyakan sumber, ini merupakan cabaran terbesar bagi ekonomi negara kita. Oleh itu, Wong berpendapat bahawa bajet ini tidak membawa sebarang harapan dan pembaharuan.